Ranapkan Pemikiran Negatif Yang Automatik Dalam Diri

Dec 24, 2018 1 Minit
Alt
Cara-cara Untuk Meranapkan Pemikiran Negatif yang Automatik
Adakah pemikiran negatif yang automatik kerap berlegar-legar dalam fikiran anda? Ia adalah makhluk berbahaya yang terus wujud dalam pemikiran luar sedar, tanpa mengira situasi apa pun.

Pemikiran sebegini menghalang anda daripada bersantai untuk menikmati detik tertentu, dengan mengesan benda negatif dalam apa pun jua peristiwa.

Fikiran negatif ini merampas kegembiraan atau kebahagiaan yang ada di hadapan mata. Apabila anda gagal mengawal minda, pemikiran negatif ini menyebabkan anda berasa bimbang, sinis, kecewa, lemah semangat, tertekan, dan mudah menyerah.

Dari masa ke masa, pemikiran negatif boleh menjejaskan kesejahteraan fizikal dan mental, serta menghalang kita daripada menemui matlamat hidup.

Namun, saya ada berita baik — betapa teruknya pemikiran negatif ini boleh jadi, kebanyakan daripada kita mampu belajar cara mengawal minda dan melatih otak supaya dapat mengatasi bahana pemikiran negatif.

Bagaimana pemikiran negatif ini terbentuk?

Menurut Centre for Redeployment Psychology, semua jenis pemikiran yang terdapat dalam minda kita, sama ada kenangan akan peristiwa sebenar atau lamunan perasaan serta impian semata-mata, semuanya terhasil daripada impuls saraf.

Kebiasaannya, beberapa siri peristiwa tentang seseorang, tempat mahupun perkara sama ada dari segi dalaman mahupun luaran mencetuskan impuls saraf, menjadikan minda kita sedar akan memori tertentu.

Impuls saraf yang terhasil daripada pemikiran positif mahupun negatif mengalir melalui laluan yang sama di dalam otak.

Laluan ini bersifat anjal, boleh dibentuk dan dikawal, hal ini membolehkan kita memprogramkan otak dari masa ke masa, dalam erti kata yang sebenar.

Tidak kira betapa seksa atau buruk pun kenangan yang lalu, setiap daripada kita mampu belajar mengesan kewujudan pemikiran negatif, dan memilih untuk menggantikannya dengan yang lebih positif.

Apabila kita sudah biasa menggantikan pemikiran negatif dengan yang positif hari demi hari, kita boleh meranapkan bahana pemikiran dan memori negatif dalam hidup, dan beralih ke arah minda yang lebih positif dan sihat.

Cara untuk meranapkan pemikiran negatif yang automatik

Berfikir secara positif. Pertama sekali, anda perlu menyimpan memori positif dalam minda untuk diberi tumpuan serta menjadi pengganti apabila pemikiran negatif mula menerpa dalam minda.

Kenal pasti pencetus tertentu. Sebaik sahaja anda kenal pasti pemikiran positif untuk menggantikan yang negatif, belajar untuk mengesan faktor yang mencetuskan pemikiran negatif.

Adakah terdapat peristiwa, tempat, atau insan tertentu yang membuka jalan kepada pemikiran negatif? Cuba bertenang apabila berhadapan dengan salah satu daripada pencetus ini.

Belajar untuk bersantai. Belajar teknik menenangkan diri, seperti peka dengan situasi dan bermeditasi, serta beri tumpuan pada pernafasan. Hal ini dapat membantu anda untuk kekal tenang apabila berhadapan dengan pencetus pemikiran negatif yang automatik.

Apabila anda sedar akan kewujudan pemikiran negatif, cuba untuk kekal tenang, fokus pada pernafasan atau teknik relaksasi yang lain. Kemudian, gantikan pemikiran negatif tersebut dengan yang positif.

Bersedia untuk pencetus tertentu. Misalnya, adakah anda selalu gugup sebelum memberi ucapan? Adakah fikiran anda dilanda keserabutan dan kemudiannya dipertontonkan dengan imej berisi kesilapan yang anda rasa anda bakal lakukan?

Apabila tiba saat untuk anda menyampaikan ucapan, minda anda akan dikuasai sepenuhnya dengan pemikiran negatif yang automatik, Ia menjadi ramalan sempurna kendiri dan anda akan membuat kesilapan sama yang anda terlalu risaukan.

Dalam situasi sebegini, pokok pangkalnya anda perlu sedar bahawa anda mudah rasa cemas dengan keadaan tersebut. Sebelum tiba hari untuk menyampaikan ucapan, cuba latih diri untuk bertenang, beri tumpuan pada pernafasan, kemudian gantikan pemikiran ini dengan imej yang positif.

Berkaitan: Tip Kepimpinan: Amalkan Pemikiran Kaizen

Dalam hal ini, anda boleh bayangkan diri kekal tenang dan terkawal semasa memberi ucapan, serta hadirin tekun mendengar pengisian yang anda sampaikan dan mereka gembira menghadiri acara tersebut. Setelah mengakhiri ucapan, anda disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh khalayak.

Amalkan pemikiran positif seperti ini setiap hari apabila anda semakin hampir dengan hari memberi ucapan, dan ucap ikrar positif pada diri berkali-kali untuk meningkatkan keyakinan diri.

Apabila saat itu tiba, fokus untuk kekal tenang dan bayangkan perkara positif dalam minda. Anda akan sedar bahawa kuasa minda sangat menakjubkan, minda kita berfungsi untuk menjadikan visi positif yang ditetapkan suatu kenyataan.

Akhir kata

Anda boleh mengamalkan teknik yang sama dalam mengendalikan sebarang pemikiran atau memori negatif yang menjengah dalam minda.

Dengan mengenal pasti pemikiran dan memori negatif, berjaga-jaga tanpa lelah, serta menggantikannya dengan pemikiran positif, anda bakal meranapkan pemikiran negatif yang automatik dan menyerlahkan potensi sebenar.

Detik demi detik, anda akan mampu mengatasi serba macam rintangan, menggapai lebih banyak matlamat, menaikkan nilai harga diri dan kesejahteraan, serta mempertingkat tahap kesihatan secara menyeluruh!

 

Sonia McDonald ialah KPE LeadershipHQ dan mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan organisasi, pembelajaran dan pembangunan, pemudahan, dan pembangunan kepimpinan. Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Spot And Squash The ANTs In Your Mind.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Identiti

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kebencian

Cara Mengurangkan Kebencian dalam Pasukan Anda

Oleh Nadav Klein. Konflik yang tidak boleh diselesaikan akhirnya boleh menimbulkan kebencian dan membawa kepada ketidakpercayaan, dan yang lebih buruk lagi, ia boleh menjejaskan prestasi pasukan. Sebagai seorang pemimpin, bagaimana anda menangani perkara ini?

Aug 18, 2024 6 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest