Berikut ialah 10 Skim Kewangan dan 4 Inisiatif PSMB yang anda mungkin tidak tahu:
10 Skim Kewangan PSMB
1. Skim Bantuan Latihan (SBL) untuk Majikan PSMB menawarkan inisiatif seperti pembelajaran jarak jauh dalam talian, program pembangunan, bimbingan khusus, serta pementoran dan aplikasi pembelajaran mudah alih untuk pekerja.
2. Skim Bantuan Latihan Khas (SBL-Khas) PSMB menyediakan geran untuk mana-mana program latihan yang direka khusus untuk keperluan majikan yang berdaftar dengan PSMB. Ini mendorong majikan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja untuk menepati keperluan perniagaan tertentu.
3. Pembelian Peralatan Latihan & Teknologi Maklumat Syarikat boleh mendapat pendanaan sehingga hampir 100% untuk membeli peralatan latihan asas dan mempersiapkan bilik latihan. PSMB juga membenarkan syarikat untuk menebus pembelian komputer peribadi bernilai sehingga RM25,000 setiap tiga tahun.
4. Latihan Industri Majikan mendapat 100% bantuan kewangan (tertakluk pada terma dan syarat) apabila menaja pelajar universiti, kolej dan pusat latihan untuk menjalani latihan industri di premis masing-masing.
5. Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu Majikan yang secara aktif mendorong pekerja untuk mendapatkan pensijilan dalam kemahiran dan pengalaman yang spesifik layak untuk menerima bantuan kewangan.
6. Latihan Pekerja Masa Depan PSMB memberi bantuan kewangan kepada syarikat yang melengkapkan ‘pekerja masa depan’ dengan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan (latihan pra-pekerjaan) sebelum mereka diambil sebagai pekerja tetap.
7. Latihan Berasaskan Komputer Majikan boleh membeli perisian latihan, membangunkan program latihan berasaskan komputer yang spesifik setelah mendapat kebenaran daripada PSMB.
8. Rakan Kerjasama Latihan PKS PSMB bekerja dengan tenaga pengajar yang menyediakan latihan kefungsian dan peningkatan kemahiran untuk program pembangunan dan pembelajaran khusus, termasuk program-program yang tidak terdapat secara meluas di pasaran.
9. Analisis Keperluan Latihan (AKL) PKS PSMB menawarkan perkhidmatan perundingan, dengan subsidi penuh, untuk menganalisis keperluan latihan dan melaksanakan program berstruktur pada peringkat perniagaan.
10. Latihan Dalam Kerja PKS PKS boleh mendapatkan bantuan PSMB untuk melatih pekerja dan mengurangkan keperluan untuk menghantar mereka menjalani latihan di luar. *Semua skim di atas memerlukan kebenaran dan tertakluk pada terma dan syarat yang digariskan oleh PSMB. Sumber: Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB). ___________________________________________________________________
4 Inisiatif PSMB
Pusat Penempatan Luar 1Malaysia (1MOC) 1MOC bertindak sebagai hab sehenti untuk membantu pekerja tempatan yang diberhentikan bagi mengukuhkan kebolehkerjaan mereka melalui program latihan dan kaunseling kerjaya yang ditetapkan oleh golongan profesional. Bagi tujuan ini, sebuah aplikasi mudah alih yang baru dilancarkan membolehkan pengguna untuk mencari pekerjaan berdasarkan kelayakan, minat dan lokasi serta membuat permohonan dari mana-mana sahaja. Aplikasi 1moutplacement boleh dimuat turun dari Play Store atau App Store.
Program Latihan dan Ganti (T&R) Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan pekerja tempatan untuk mengurangkan pergantungan negara pada kepakaran asing dalam bidang kerja separa mahir dan mahir. Inisiatif ini membantu majikan mengurangkan kos syarikat dalam mengurus pekerja asing.
Program Pembangunan Graduan untuk Kebolehkerjaan (GENERAtE) Program ini membolehkan majikan atau persatuan majikan memohon bantuan kewangan untuk melatih graduan Malaysia yang menganggur untuk pekerjaan bernilai tinggi, membolehkan syarikat meningkatkan produktiviti selain membolehkan graduan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.
Kemahiran Industri Dipercepat Luar Bandar untuk Pekerjaan (RAISE) RAISE menyediakan peluang untuk belia luar bandar memperoleh kemahiran spesifik yang diperlukan oleh majikan dan selepas latihan, diserap masuk sebagai pekerja. Inisiatif ini dijangka meningkatkan kebolehkerjaan belia luar bandar dan membantu majikan mendapatkan tenaga kerja mahir tempatan bagi pekerjaan tertentu.
Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.
Tahukah anda, bagaimana menjadi pemimpin yang berani? Dalam Tip Kepimpinan kali ini, Roshan Thiran berkongsi tip yang menarik untuk menjadi pemimpin yang efektif dan berani.