#TanyaRoshan: Mencari Hala Tuju Lepas Pengajian

Sep 28, 2018 1 Minit
hala tuju
“Sudah setahun saya tamat pengajian kolej tetapi masih tidak tahu apa yang saya hendak buat dengan kehidupan saya. Rasanya saya terperangkap dalam zon selesa – apa yang boleh saya buat?”

 

“Memang susah rasanya apabila sudah tamat pengajian dan masih rasa kurang sedia untuk bab kehidupan seterusnya. Saya setuju ia mungkin agak menakutkan apabila kita rasa kurang pasti, tetapi tidak perlu bimbang. 

Perkara pertama yang anda perlu sedar ialah anda bukan terperangkap melainkan anda membuat keputusan untuk berada dalam situasi sedemikian. Jangan jatuh ke dalam perangkap percaya bahawa sesuatu perkara berlaku terhadap anda — kuasa dalam tangan anda untuk keluar dan membuat sesuatu berlaku untuk anda.

Luangkan masa untuk meneroka peluang-peluang yang mungkin ada. Cari tahu apa yang menceriakan anda. Sertai kelab atau pertemuan sosial untuk membuat kenalan baharu. Rangkaian sosial ada banyak peluang yang tidak diduga.

Apabila kita merasa ‘terperangkap’, kita sebahagiannya memungkinkan keadaan itu dengan mengulangi corak kita. Ini membawa kepada lingkaran menurun. Katakan ‘ya’ kepada lebih banyak jemputan yang diajukan kepada anda. Keluar dari zon selesa anda bermakna melangkah ke tempat yang tidak diketahui.

Kadang-kadang, anda akan merasa kehilangan motivasi. Lakukan sahaja. Anda akan merasa tidak yakin. Lakukan sahaja. Anda tidak akan selalu boleh melakukannya dengan betul. Lakukan sahaja. Anda akan kagum dengan apa – dan siapa – yang terbuka bagi anda. Tetapi pertama-tama, anda harus membuka diri untuk pengalaman baharu.” — ROSHAN THIRAN

Berkaitan: 5 Petua Membina Rangkaian Sosial

 

Roshan Thiran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan kecemerlangan kerjaya dan kepimpinan, anda boleh menghubungi beliau melalui roshan.thiran@leaderonomics.comFacebook dan Twitter.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Tujuan Hidup, Tujuan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pemimpin

Kepimpinan, Tabiat dan Ego

Oleh Sonia McDonald. Ketahui cara membina tabiat positif, lepaskan ego anda dan pupuk kecerdasan emosi sebagai seorang pemimpin.

Oct 15, 2023 7 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Berani Gagal

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran berkata setiap orang mesti berani gagal dan belajar daripada kegagalan untuk terus maju dalam kembara kehidupan. Kejayaan pasti dalam tangan kelak.

Jul 28, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest