#TanyaRoshan: Pengajaran Daripada Bos Pertama
Aug 05, 2018 • 1 Minit

“Apakah pengajaran berharga yang anda peroleh daripada bos anda yang pertama?”
“Bos pertama saya di General Electric ialah Mike Petrucelli. Beliau sentiasa mendorong saya untuk keluar dari zon selesa saya. Katanya, rebutlah peluang untuk membuat kerja yang paling sukar. Ketika itu, saya tidak senang diperlakukan sedemikian. Tetapi, lama-kelamaan saya mendapati bahawa dengan membuat kerja yang sukar, ia meningkatkan daya berfikir dan kemahiran saya.
Selain itu, beliau juga menasihatkan saya supaya sentiasa menyiapkan kerja saya secepat mungkin dan dengan sempurna. Ini adalah supaya saya boleh membuat kerja lain seterusnya. Dengan berbuat demikian, saya berpeluang meluaskan pengalaman skop kerja saya.
Beliau selalu mengingatkan saya supaya mempertimbangkan kesan Matthew, yang juga dikenali sebagai ‘manfaat berganda’, iaitu berturut-turut menggunakan bakat dan mengembangkannya. Kalau tidak, apa yang diberikan pun akan lenyap begitu sahaja.
Jika beliau tidak menolak saya keluar dari zon selesa saya, saya mungkin tidak akan berjaya dalam peranan lain di dalam organisasi itu. Dan saya sedari selepas saya bertukar ke jawatan baharu bahawa bos-bos yang terbaik bukanlah yang paling mesra tetapi yang mendorong kita dengan kuat.” – ROSHAN THIRAN
Berkaitan: 10 Pengajaran Kepimpinan Untuk Kita Hayati
Roshan Thiran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan kecemerlangan kerjaya dan kepimpinan, anda boleh menghubungi beliau melalui roshan.thiran@leaderonomics.com, Facebook dan Twitter.
Kepimpinan
Tag: Nilai Murni
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com