Teknologi Yang Memberi Kesan

Feb 27, 2020 2 Minit
teknologi, pembangunan

Adakah anda menyedari bahawa seseorang mampu menghabiskan 24 jam dan 7 hari hidup mereka dengan bermain telefon pintar? Ironik, bukan? Tanpa kita sedar, kita telah menghabiskan lebih banyak waktu kita dengan telefon bimbit kita berbanding menghabiskan masa dengan orang yang kita sayang. 

Dunia Sosial Media

Kini, kita mempunyai pelbagai teknologi seperti iPhone, iPad, iMac sehingga kita lupa rakan karib dan orang yang kita sayang. Teknologi telah melahirkan sikap penting diri sendiri dan terpisah daripada orang lain.

Ini kerana, sebelum ini kita mendakwa bahawa teknologi menghubungkan kita dengan orang lain, namun begitu, ia bukanlah membuat hubungan tersebut menjadi lebih baik tetapi ia juga boleh memburukkan keadaan.

Kita menggunakan Facebook, Instagram atau banyak lagi, kita akan mempunyai ramai orang yang ingin menjadi rakan kita tetapi ia hanya sebagai teman yang membolehkan senarai rakan kita bertambah, bukan sebagai rakan sebenar yang boleh diajak keluar atau seseorang yang kita boleh anggap sebagai kawan baik.

Realiti versi expectations

Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah individu meletakkan media sosial sebagai ukuran nilai mereka sendiri dengan cuba sedaya upaya menarik perhatian orang lain untuk mendapatkan ‘likes’ ataupun ‘love’ untuk gambar, post atau video yang mereka ambil.

Kadang-kadang, kita menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menyatakan marah kita dan ketidaksukaan kita terhadap seseorang yang kita sayangi malah bukan cuba menyelesaikan masalah secara bersemuka atau memberi nasihat kepada individu tersebut secara langsung. Inilah yang berlaku kepada masyarakat kita pada zaman sekarang.

Pilihan yang bijak memberi kebaikan buat selamanya

Walau bagaimanapun, kita masih mampu mengubah tingkah laku ini dengan membuat pilihan untuk memilih sama ada mengawal diri untuk tidak menjadi ketagih dengan teknologi dan cuba untuk menghabiskan masa dengan orang disekeliling kita atau membiarkan diri kita dikawal oleh teknologi dan membuatkan kita keseorangan dan kehilangan orang yang kita sayang.

Namun begitu, adakah teknologi  tidak baik untuk kita dan kita harus tidak menggunakannya lagi? Sudah tentu tidak, teknologi juga mempunyai banyak manfaat untuk kita. Contohnya, telefon bimbit membolehkan kita berkomunikasi dengan orang yang jauh dari anda seperti WhatsApp, Skype, Wechat dan banyak lagi.

Selain itu, membolehkan kita untuk mendapat maklumat dengan cepat dan mudah seperti Google. Malah, kita juga boleh merakam video atau mengambil gambar untuk kita simpan supaya dapat melihat gambar dan video tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada. Kita juga boleh menggunakan media sosial seperti Facebook, untuk berhubung dengan rakan lama kita dan keluarga jauh yang lain.

Ini semua bergantung kepada pilihan kita sama ada memilih untuk menghabiskan masa kita dengan telefon bimbit kita atau meluangkan masa dengan orang yang kita sayangi. Pilihan kita yang akan menentukan masa depan kita.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Wanita

Kita Perlu Bercakap Mengenai ‘Fleksibiliti’ untuk Wanita di Tempat Kerja dan Mengapa Ia Tidak Berkesan

Oleh Dr. Tiffany De Sousa Machado. Terokai mengapa fleksibiliti di tempat kerja sering gagal untuk wanita dan keperluan mendesak untuk perubahan sistemik untuk menyokong peranan dua mereka dalam penjagaan dan kerjaya.

Jul 28, 2024 6 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest