Tips Produktiviti: Petua Mencari Ketenangan Saat Kesukaran

Aug 27, 2024 1 Minit
Ketenangan
Sumber:

Gambar daripada Storyset

Hidup di dunia Ini tak selalunya indah. Pasti akan berlaku kesukaran dalam hari-hari yang mendatang.

Ini adalah 5 cara untuk mencari ketenangan di saat menghadapi kesusahan.

  • Berhenti tengok dan baca berita.

Epictetus pernah mengatakan “kita adalah produk daripada apa yang kita fokuskan”. Tak ada masalah sekiranya kita tidak tahu isu semasa dengan secepat yang mungkin.

  • Membaca buku.

Ambil masa untuk membaca sebanyak mungkin. Baca kemudian berfikir tentang idea-idea yang disampaikan. Membaca akan menenangkan diri kita.

  • Menulis jurnal

Terkadang emosi kita perlu diluahkan atas kertas. Tulis apa yang kita rasa. Kertas mampu menunggu kita dan lebih sabar daripada manusia. Menulis atasnya akan melepaskan segala apa yang ada pada minda kita.

  • Berjalan atau berlari.

Berjalan dan berlari umpama sejenis meditasi yang memberikan ketenangan kita daripada berfikir tentang perkara lain melainkan aktiviti yang kita tengah dilakukan.

  • Bina rutin.

Apabila hidup kita dalam keadaan cacamarba, mempunyai struktur dalam kehidupan seharian akan membantu kita melakukan perkara yang sepatutnya pada waktu tertentu.

Anda menyukai artikel ini:

Tips Produktiviti: Disiplin Diri

 

Diterjemah oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Bagaimana Membawa Orang Lain Bersama Memacu Kejayaan Kepimpinan Anda

Oleh William Arruda. Adakah pemimpin hari ini memikirkan tentang membawa orang lain bersama-sama semasa mereka berkembang dalam kerjaya mereka? Ketahui mengapa 'Angkat Sambil Anda Mendaki' adalah penting untuk kepimpinan yang tulen.

Jul 29, 2024 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Jangan Takut untuk Gagal

Program Tip Kepimpinan adalah satu rancangan oleh Leaderonomics di mana tip-tip mengenai hal-hal kepimpinan disediakan untuk tontonan ramai.

Jan 01, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest