Ketawa Baik untuk Otak Anda!

Mar 13, 2023 2 Minit
Otak
Sumber:

Gambar oleh Tim Mossholder dari Unsplash

Faedah Ketawa

Ketawa membanjiri otak anda dengan tindak balas kimia yang membantu ia berfungsi dengan lebih baik dan bertahan lebih lama. Menurut kajian terbaru mengenai otak anda, apabila anda ketawa inilah yang anda dapat:

  • Peningkatan aliran penghantar neuro otak.
  • Peningkatan tahap perhatian.
  • Hubungan yang lebih erat.
  • Mengurangkan tekanan fizikal dan mental.
  • Peningkatan ingatan.
  • Peningkatan harga diri.
  • Peningkatan optimisme.
  • Kreativiti yang lebih besar.
  • Peningkatan pemikiran divergen.
  • Peningkatan bilangan sel imun.

Artikel berkaitan: Otak dan Rahsia Objek Merah

Jadi, bagaimana kita boleh mendapatkan lebih banyak ketawa? Satu kajian yang menarik baru-baru ini mendapati bahawa hanya 15% daripada ketawa adalah berkaitan dengan jenaka. Sebanyak 85% daripada semua ketawa adalah berkaitan orang. Ketawa nampaknya bukan terutamanya fungsi jenaka, tetapi interaksi sosial.

Formula untuk otak yang lebih sihat, luangkan masa dengan orang ramai. Kajian mendapati bahawa anda 30 kali lebih berkemungkinan ketawa apabila anda bersama orang lain berbanding ketika anda bersendirian! Hari ini, dengan komunikasi maya yang begitu berleluasa, kami nampaknya mengurangkan interaksi sosial kami. Cuba luangkan lebih banyak masa dengan orang lain. Apabila anda bersama orang lain ketawa seolah-olah semulajadi untuk otak anda seperti bernafas!

Dalam Buletin Otak seterusnya anda akan mempelajari apa yang diperlukan untuk mendapatkan markah tertinggi di sekolah.

Artikel ini diterjemahkan oleh Amirah Nadiah dari artikel: 

Laughter Is Good For Your Brain!

Leaderonomics.com ialah laman web bebas iklan. Sokongan dan kepercayaan berterusan anda kepada kami membolehkan kami mengatur, menyampaikan dan mengekalkan penyelenggaraan laman web kami. Apabila anda menyokong kami, anda membenarkan berjuta-juta orang untuk terus membaca secara percuma di laman web kami. Adakah anda akan memberi hari ini? Klik di sini untuk menyokong kami.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Sudut Pakar, Perwatakan, Kebolehan Diri

terry_small_63a45f_bc2d7fc976.jpeg

Terry Small ialah pakar otak yang menetap di Kanada dan percaya bahawa sesiapa sahaja boleh belajar cara belajar dengan lebih mudah, lebih baik dan lebih pantas; dan belajar untuk belajar adalah kemahiran paling penting yang boleh diperolehi oleh seseorang.


 

Alt

Cadangan Buat Kamu

Petua

5 Petua untuk Lebih Produktif

Oleh Hazeem Mahayadin. Ikuti 5 petua untuk lebih produktif dalam pekerjaan atau kehidupan seharian.

Jun 03, 2024 2 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVan Malaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest