Petua Produktiviti: Kaedah 3-3-3 untuk Jadi Lebih Produktif

Nov 13, 2024 2 Minit
produktif
Sumber:

Gambar dari freepik

Pada minggu ini, saya ingin berkongsi tentang satu kerangka yang dinamakan "Kaedah 3-3-3". Kaedah 3-3-3 ini adalah hasil cetusan idea Oliver Burkeman, penulis buku Four Thousand Weeks.

Apa yang dimaksudkan dengan Kaedah 3-3-3 adalah:

  • Luangkan 3 jam sehari untuk menyiapkan perkara yang paling penting.
  • Siapkan 3 tugasan kecil yang mengambil sedikit masa anda.
  • Lakukan 3 aktiviti "penyenggaraan" yang akan membantu menjadikan hidup kita lebih teratur.

Idea di sebalik Kaedah 3-3-3 ini adalah bahawa 3 perkara yang saya sebutkan di atas akan menjadi "checkbox" anda untuk menilai kualiti hari anda. Dengan menyiapkan 3 perkara ini, kita boleh mengurangkan stres kerja yang sering kali berpanjangan.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.

Kaedah 3-3-3 ini akan benar-benar membantu anda membuat kemajuan dalam setiap apa yang anda lakukan dan membantu anda menjadi lebih produktif.

  • Kerja mendalam (deep work) selama 3 jam untuk menyiapkan tugasan paling penting yang akan mendorong kemajuan dalam kerja kita.
  • Siapkan 3 tugasan kecil seperti membalas e-mel atau kerja-kerja pentadbiran yang jika ditangguhkan boleh menimbun.
  • Lakukan 3 aktiviti "penyenggaraan" yang menyumbang kepada kemajuan dalam aspek kehidupan seperti kesihatan, pembelajaran sepanjang hayat, hubungan, penjagaan rumah, dan lain-lain.

Jadi, jika anda ingin mencuba Kaedah 3-3-3 ini, setiap hari cuba tulis 3 perkara yang saya sebutkan di atas.

1. Apakah perkara paling penting yang perlu anda lakukan?

2. Apakah 3 tugasan kecil yang perlu anda siapkan hari ini?

3. Apakah 3 aktiviti "penyenggaraan" berkaitan kehidupan yang perlu anda lakukan hari ini?

Setelah hari anda berakhir, semak tiga perkara tersebut sebagai penanda aras bagaimana masa anda digunakan.

Semoga kerangka ini dapat membantu anda menghadapi hari-hari yang sibuk.

Selamat bekerja semua!

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Mempraktikkan "Deep Work" dalam Kehidupan Seharian

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri, Kualiti, Tujuan Hidup

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Alt

Cadangan Buat Kamu

Fokus

Seni Fokus pada Kekuatan Anda

Oleh Rabi'ah Mutalip. Dalam dunia yang sering menekankan keperluan untuk kesempurnaan menyeluruh, mengakui kekuatan dan kelemahan seseorang adalah penting. Walau bagaimanapun, perjalanan ke arah kecemerlangan peribadi dan profesional bukanlah tentang taksub terhadap segala kekurangan kita tetapi sebaliknya, menghargai dan memperkasakan kecemerlangan kita secara semula jadi. Mantra untuk pertumbuhan dan kejayaan yang berterusan terletak pada mengasah kekuatan kita sehingga ia menjadi tanda dagangan kita, jenama kecemerlangan peribadi kita.

Apr 14, 2024 6 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVan Malaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest