Tabiat yang Mengubah Hidup Menjadi Lebih Baik

Jun 09, 2024 2 Minit
Kehidupan
Sumber:

Gambar daripada Storyset

1. Buat Persiapan Lebih Awal

Setiap pagi, cuba rancang kehidupan kita. Letakkan dan susun tugasan kita dalam kalendar. 

2. Lakukan Deep Work

Orang yang produktif sentiasa mempunyai masa untuk melakukan deep work. Blok dalam kalendar sekurang-kurangnya 2 jam untuk lakukan deep workDeep work memerlukan tumpuan yang sangat tinggi dan elakkan menggunakan media sosial semasa melakukan kerja secara deep work.

3. Baca. Baca dan Baca

Orang yang berjaya tidak pernah meninggalkan rutin membaca mereka. Hanya pilih mana-mana buku dan blok masa untuk rutin ini. Serlahkan dan tulis nota untuk idea yang "bergema" dengan diri kita.

Artikel berkenaan:

Fokus Pada Pembacaan yang Berkualiti, Bukan Kuantiti

4. Luangkan Masa untuk Bersendirian

Setiap hari, kita perlu cuba mencari masa untuk bersendirian. Putuskan sambungan dan cabut plag dari segala-galanya. Dunia yang kita diami ini penuh dengan "kebisingan" dan masa sahaja akan membuatkan kita lebih tenang untuk menghadapi hari-hari kita.

5. Bersenam

Berjoging atau berjalan secara perlahan adalah sangat penting untuk dilakukan dalam kehidupan kita. Ia boleh menjadi masa untuk kita bermeditasi dan merasai alam semula jadi.

6. Bersyukurlah

Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan sama ada baik atau buruk. Bersyukur dengan perkara kecil menjadikan kita seorang yang lebih tenang.

7. Tidur yang Cukup

Badan dan minda kita memerlukan rehat yang cukup. Tidur antara 7-8 jam sangat penting untuk menjadikan kita manusia yang segar dan cukup bertenaga untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Leaderonomics.com ialah laman web bebas iklan. Sokongan dan kepercayaan berterusan anda kepada kami membolehkan kami mengatur, menyampaikan dan mengekalkan penyelenggaraan laman web kami. Apabila anda menyokong kami, anda membenarkan berjuta-juta orang untuk terus membaca secara percuma di laman web kami. Adakah anda akan memberi hari ini? Klik di sini untuk menyokong kami.

Diterjemah oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kualiti, Kebolehan Diri

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Cadangan Buat Kamu

stress

Mengapa Tekanan Tempat Kerja Tidak Wujud

Oleh Lee Nallalingham. Membongkar tekanan di tempat kerja: Ini bukan kerja, tetapi cara anda mengendalikannya! Selami komunikasi, keutamaan dan akauntabiliti untuk merungkai mitos.

May 01, 2024 4 Minit

Alt

Penetapan Minda Positif: Bagaimana Saya Dapat Menghilangkan Fikiran Negatif?

Menghadapi fikiran negatif? Video ini menawarkan petua dan teknik praktikal untuk membantu anda melepaskan diri daripada corak pemikiran yang merosakkan dan memupuk pemikiran yang lebih positif dan tenang. Pelajari cara untuk mengawal fikiran anda dan mencipta ruang mental yang lebih sihat.

Feb 11, 2025 1:42 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest