Pilihan Kata Penting Dalam Membina Perwatakan Pemimpin

May 12, 2017 3 Minit
zirafah, berhubung, perkataan, komunikasi

Setiap hari kita berpeluang untuk berhubung dengan orang lain. Kita berpeluang untuk membina atau mematah semangat mereka, menyemai hubungan kita dengan mereka atau meretakkannya, memimpin mereka ke ambang kejayaan atau membantut perkembangan mereka. Kemungkinan yang ada tiada had batasnya.

Satu-satunya cara bagaimana kita lakukan itu semua adalah dengan pilihan kata-kata yang kita ungkapkan, moga-moga kata-kata itu sudah diproses otak kita terlebih dahulu. Tiada yang lain… cuma pilihan kata-kata!

Mari kita teliti senario berikut yang membawa makna ‘pembelajaran kepimpinan’ yang tersendiri.

Dua rakan sekerja terserempak di dalam lif. Mereka tidak begitu rapat kerana baru sahaja mula bekerja di organisasi tersebut. Mereka saling bertegur sapa:

Mee Lian: Pergi makan tengah hari?
Boon: Ya. Dan kamu ke mesyuarat? 
Mee Lian: Ya. Pergi jumpa bekas majikan kau. Mereka dah bocorkan rahsia kau! (dengan nada sinis)

Boon bingung dan tergamam dengan pernyataan “bocorkan rahsia”.  Tetapi dia hanya berdiam diri. Dalam fikirannya, dia tertanya-tanya kenapa Mee Lian bercakap sedemikian. Adakah Mee Lian bermaksud dia menyembunyikan sesuatu? 

Walaupun cuma seketika, perjumpaan itu sarat dengan pembelajaran tentang komunikasi dan kemahiran interpersonal, kedua-duanya merupakan kompetensi kepimpinan.

Menurut kajian Jobstreet.com, 51% majikan memilih ‘personaliti hebat’ sebagai kriteria penting seseorang pekerja yang baik, manakala hanya 14% memilih ‘kelulusan’.

Apabila diminta menilai kepentingan beberapa kemahiran dalam kalangan pekerja, kemahiran interpersonal dan komunikasi adalah antara lima kemahiran teratas yang majikan kehendaki.

Kajian itu dijalankan ke atas lebih 500 golongan profesional sumber manusia yang mewakili pelbagai industri di Malaysia.

Berikut adalah pembelajaran dari perbualan ringkas di atas: 

1. Tapis pilihan kata 

Berfikir sebelum bercakap. Guna perkataan yang anda fahami. Pilih kata-kata yang sesuai dan jangan leka gunakan perkataan yang berbunyi hebat seperti yang pernah dinasihati guru dahulu. Yang paling penting, guna perkataan yang mudah dan ungkapan yang senang difahami. Jangan guna ungkapan atau perkataan yang berdwi makna, terutama dengan orang yang kurang anda kenali.

Patuhi arahan yang sama dalam komunikasi lisan mahupun bertulis di tempat kerja. Ketahui makna perkataan atau ungkapan sebelum menggunakannya. Kalau tersalah guna dan tersalah difahami, ia mungkin menjejaskan kerjaya dari segi kehilangan promosi, kerja ataupun pelanggan.

“Prosa yang bagus haruslah telus, bagai kaca tingkap.” – George Orwell

2. Waspadai bahasa badan

Nada suara dan ekspresi wajah adalah elemen penting dalam komunikasi bukan lisan. Ia memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej. Adakah ia penuh hormat, formal, terselit sindiran atau kelakar?

Apabila Mee Lian berkata dengan senyuman sinis “…bekas majikan anda. Mereka dah bocorkan rahsia kau!”, itu adalah tamparan berganda. Dia mungkin tidak berniat demikian tetapi nada suara dan ekspresi wajahnya seakan menghina dan sinis. Maksud yang tidak diungkapkan bagaikan berkata “Kami sudah ketahui rahsia anda!”

“Orang mendengar kata-kata anda, tetapi mereka merasakan sikap anda.”
– John Maxwell

3. Jaga batasan

Melainkan anda telah menjalinkan hubungan yang baik dengan orang yang anda sedang berbual, adalah lebih baik sekiranya anda menjaga batasan. Janganlah terlalu mesra dalam perbualan mahupun dalam komunikasi bukan lisan. Biar bersahaja tetapi berisi dalam perbicaraan anda. Memadai bersikap mesra tetapi jangan sampai menyentuh isu peribadi. Ini akan membantu membina perhubungan yang baik secara beransur-ansur, baik di tempat kerja mahupun dalam suasana sosial.

Kata-kata akhir

Dalam kembara kepimpinan kita, baik sekali sekiranya kita mengambil iktibar dari kata-kata berikut:

“Anda mungkin mempunyai kemahiran hubungan antara perorangan yang kuat dan bukan seorang pemimpin yang bagus, tetapi anda tidak boleh menjadi seorang pemimpin yang bagus tanpa kemahiran hubungan antara perorangan.” – John Maxwell

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Topik Kontroversial

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pemimpin

Mengapa Anda Perlu Tahu Bila dan Bagaimana untuk Berundur?

Oleh Michelle Gibbings. Pemimpin boleh kekal terlalu lama, merosakkan legasi dan organisasi mereka. Ketahui mengapa mengetahui tarikh luput anda adalah penting.

Sep 03, 2024 4 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Manfaatkan Bakat Anda

Setiap orang mempunyai bakat istimewa yang tersendiri. Baik kita pandang ke dalam, cungkilkan dan manfaatkan bakat kita itu.

Aug 16, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest