Sukarela Dalam Memimpin

Feb 20, 2020 5 Minit
sukarela, pembangunan individu, memimpin
Banyak Pelajaran Didapati daripada AKtiviti Sukarela

Satu perkara yang menarik tentang Malaysia selain roti canai, adalah cuaca, dan juga para atlet olimpik yang mengagumkan – ia menunjukkan mengapa rakyat Malaysia yang secara sukarela ringan tulang untuk membantu. Selain itu, layanan yang begitu sangat baik di Malaysia, nilai-nilai murni dan semangat perpaduan komuniti yang kuat.

Menetap di Malaysia dari tahun 2015, dan menjadi editor Bahasa English leaderonomics.com dibawah naungan Roshan, saya sedar tentang isu sos ial yang menjadi masalah, bukan kerana kesalahan sendiri, tetapi kerana keadaan serta ekonomi dan kawasan persekitaran. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang mendorong saya ialah ramai pekerja di luar sana juga dibantu untuk memudahkan lagi kehidupan mereka dan ini membantu masyarkat berkembang dan menjadi lebih maju, dengan membantu antara satu sama lain.
Kerana ada di antara kita yang bernasib baik datang daripada latar belakang yang agak senang dan berkemampuan, dan ini juga membuatkan kita sedar bahawa ada golongan yang lain lebih memerlukan bantuan dan kita harus memberi sumbangan.

Bantuan yang memberi pelbagai kesan

Kepada individu yang pernah terlibat sebagai sukarela, ia boleh memberi kesan terhadap perasaan seseorang individu yang dibantu dan diberi sokongan kerana mereka sangat memerlukan bantuan tersebut. Pada waktu yang sama, saya juga mengetahui kelebihan yang ada pada seseorang yang menjadi sukarelawan, ia telah memberi masa, kemahiran, dan juga maklumat.

Ada beberapa perkara yang dapat memudahkan diri kita dan juga membantu untuk memudahkan orang lain: individu yang dibantu juga mengajar kita sesuatu, bahawa sentiasa ingat akan nilai-nilai yang penting, perkara apakah yang menjadi keutamaan pada kita, dan juga sentiasa bersyukur akan setiap perkara, di mana kita sebagai manusia sering kali lupa untuk mengira dan menelitinya.

Bantu diri sendiri untuk menjadi lebih baik

Selain itu, membantu individu lain juga akan memberi kebaikan, mungkin memberi nilai yang lebih mendalam terutamanya kemahiran, membina keyakinan diri, dan juga keluar dari zon selesa.

Seseorang individu yang secara sukarela ingin menjadi sukarelawan akan menjadi seorang individu yang akan membangunkan kualiti kepimpinan yang lebih baik dan secara bijak untuk negara dan berpeluang untuk berkembang menjadi lebih maju untuk generasi yang akan datang

Bekerja sebagai pegawai akhbar politik beberapa bulan yang lalu, saya sering mendengar ramai yang menyuarakan hasrat untuk melihat perubahan pada komuniti dan masyarakat. Sehingga soalan ini disuarakan,

“Seseorang perlu melakukan sesuatu – kita perlu menguatkan hubungan antara masyarakat,”

atau

“Mengapa tidak ada seorang pun individu yang melakukan apa-apa perubahan – di sini mempunyai banyak potensi.”


Sementara itu, ramai yang sedang menunggu sukarela untuk bangkit dan ini membuatkan saya mengajukan soalan “mengapa anda sendiri tidak melakukannya?” Ramai individu yang tidak berfikir bahawa mereka sebenarnya yang harus melakukan perubahan, bahawa mereka juga boleh mengubahnya, bahawa mereka boleh membantu insan yang lain.

Langkah pertama tidak memerlukan perubahan yang besar

Selalunya individu lain akan memberi pandangan lain bahawa anda harus menjadi seperti Martin Luther King Jr atau Mother Teresa – dalam kata lain, jika ia tidak memberi perubahan yang besar maka ia tidak bermakna. Hal ini berlaku kerana, Martin Luther King Jr atau Mother Teresa melakukan dari perubahan yang kecil sehingga memberi impak yang besar. Mereka ini adalah individu yang sama seperti kita, di mana mereka berani melangkah dan membuat perubahan.

Ia bermula di mana kita berada, tidak kira sama ada di komuniti, gereja, masjid dan tempat beribadah yang lain, dewan komuniti, sekolah dan juga universiti. Kadang-kadang ia membuatkan seperti ia adalah perkara yang sangat berat dan susah untuk dilakukan, ia kerana kita tidak dapat melihat dari mana harusnya kita bermula. Kita percaya jika kita membantu seorang individu, dan individu tersebut akan melakukan perkara yang sama kepada individu yang lain dan kita mengharapkan ia tersebar luas pada masyarakat.

“Sama anda mempunyai banyak masa untuk di luangkan atau anda rasa ia adalah berbaloi jika anda mempunyai pengalamanya sendiri”

3 Cara sukarela boleh mempunyai sifat kepimpinan

1. Anda akan belajar banyak dan cepat

Ketika saya terlibat dengan siaran radio, saya menggunakan kemahiran media dan PR. Setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri. Kemahiran yang baru ialah proses sepanjang anda belajar. Saya juga belajar banyak perkara baru daripada pakar yang lain.

2. Anda membina keyakinan – dan juga minat

Menghabiskan masa saya sebagai seorang wartawan, dan memberi semangat kepada individu lain. Mengacara radio membuatkan saya menjadi cemas. Ia tidaklah begitu menunjukkan diri, tetapi membina kemahiran – ia adalah sesuatu yang sangat sukar!
Setelah sekian lama, saya semakin belajar dan melihat perubahan. Menjadi sukarelawan adalah salah satu cara untuk mengasah diri anda untuk menjadi lebih baik.

3. Anda membina kolabrasi dan mempunyai hubungan yang kuat

Anda dapat bertemu dengan individu yang mempunyai pelbagai pandangan yang unik, dapat mengembangkan bakat dan kemahiran anda. Mengenali dan mempunyai kerjasama dengan individu lain adalah salah satu sifat pemimpin. Bina hubungan dan membuat kenalan kerana anda tidak tahu mungkin perkara akan memberi kesan yang besar terhadap anda.
 
Untuk membaca dalam Inggeris, klik Leadership In Volunteering

Lihat video dibawah:

Dapatkan necole di sini

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Pemimpin

Memimpin dalam Dunia yang Mengganggu: Pengajaran Utama daripada Sidang Kemuncak Kepimpinan Global 2023 (Bahagian 1)

Oleh Kiran Tuljaram. Daripada memupuk perhubungan yang berkembang maju kepada memanfaatkan kuasa penambahbaikan tambahan, dapatkan wawasan yang tidak ternilai yang boleh digunakan dalam konteks peribadi, profesional dan masyarakat.

Dec 05, 2023 10 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest