Dalam suasana mencari kerja yang semakin mencabar, kita haruslah pandai-pandai menonjolkan USP (Unique Selling Point/Faktor Pelaris Unik) diri.

Khususnya buat mereka yang agak mentah dalam dunia kerja, kalangan seperti lepasan sekolah, kolej atau universiti, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk membezakan diri daripada calon lain.

Contohnya seperti memberikan nota terima kasih kepada bakal majikan selepas tamat sesi temu duga.

Ini perkara kecil bagi anda, bukan? Tetapi sebenarnya ia mampu memberikan impak yang besar kepada penemu duga berkenaan.

Berikut adalah 10 cara yang dapat membantu anda mendapat kerja yang dipohon.

1. Mohon kesemua jawatan bukan idea yang baik

Anda sepatutnya memberi fokus kepada jawatan yang sesuai dengan kelayakan anda.

Sebelum membuat pencarian kerja, ambil sedikit masa untuk menetapkan jenis pekerjaan yang sebenarnya anda mahu.

Dengan fokus sebegini, barulah anda menghantar resume and cover letter (surat rasmi yang menyatakan hasrat anda memohon kerja di sesebuah organisasi). Kebarangkalian anda dipanggil untuk temu duga akan lebih tinggi.

2. Jangan berhenti memohon pekerjaan 

Sementara menunggu panggilan daripada sesebuah organisasi, jangan berhenti mencari dan memohon pekerjaan lain.

Majoriti pencari pekerjaan pasti mengalami rejection (penolakan) beberapa kali sebelum mendapat pekerjaan yang dipohon.

Belajar darpada kesilapan yang telah anda lakukan. Pastikan anda sentiasa membuat permohonan kerja dengan organisasi lain sehinggalah anda mendapat tawaran yang anda mahukan.

3. Buat cover letter yang spesifik untuk sesebuah organisasi

Anda hanya ada beberapa saat untuk menarik perhatian bakal majikan.

Bakal majikan akan membaca cover letter anda dan meneliti sama ada kandungan yang ditulis itu memberi bayangan nilai anda dan penyelesaian yang terdaya anda tawarkan terhadap organisasinya. Kalau tidak ditulis dengan jelas, permohonan anda kemungkinan besar akan ditolak.

4. Resume perlu disesuaikan dengan jawatan yang dipohon 

Bukan setakat cover letter, resume anda juga perlu diedit dan disesuaikan dengan iklan jawatan kosong organisasi berkenaan.

Jika tidak, jangan harap resume anda akan dipilih. Lagi-lagi jika syarikat berkenaan menggunakan Applicant Tracking System* untuk membuat penapisan calon(*Aplikasi perisian yang menyimpan resume anda dalam pangkalan data. Perekrut akan mencari pemohon yang sesuai dengan menaip kata kunci bagi kekosongan jawatan tertentu.)

Berkaitan: Menulis CV Yang Hebat

5. Senaraikan kerja lain selain pekerjaan penuh masa dalam resume

Mungkin anda tertanya-tanya, “Jika saya sudah lama menganggur, pasti bakal majikan akan pandang serong terhad permohonan saya? Macam mana saya boleh atasinya?”

Selain sejarah pekerjaan penuh masa, anda boleh senaraikan kerja sambilan, aktiviti sukarelawan atau hobi yang memanfaatkan komuniti. Nyatakan secara ringkas pencapaian anda dalam kerja/aktiviti tersebut. Ini semua akan menyerlahkan resume anda.

Berkaitan: Tip Menulis Resume, Khas Untuk Profesional Berpengalaman

6. Pastikan pemakaian anda meyakinkan bakal majikan

First impression (kesan pertama) amat penting. Pastikan anda ketahui budaya syarikat

Kadangkala apabila anda terlebih pakai, misalnya lengkap dengan jaket dan tali leher walhal budaya pakai organisasi itu kasual, bakal majikan akan mempunyai anggapan bahawa anda tidak mungkin dapat lekat dengan budaya organisasi.

Tetapi jangan pula pakai pakaian selekeh ke sesi temu duga. Pastikan anda memakai pakaian yang kena dengan jawatan dan budaya organisasi yang anda pohon.

7. Guna seni bercerita apabila berkongsi pengalaman 

Cara terbaik untuk mereka melihat diri anda dengan lebih dekat adalah dengan bercerita.

Contohnya, jika mereka bertanya mengenai pengalaman yang anda ada, kaitkan kemahiran dan pengalaman anda dengan kisah atau cerita yang pernah anda lalui dan dapat hasil dengan baik.

Apabila anda dapat tunjukkan sesuatu yang lebih konkrit kepada bakal majikan, semakin tinggi anda berikan bayangan kepada bakal majikan bahawa anda adalah orang yang paling sesuai untuk jawatan tersebut.

8. Jangan bercakap buruk mengenai majikan lama

Sikap memburuk-burukan orang lain merupakan sikap yang akan membuatkan mana-mana majikan turn-off  (hilang minat) dengan anda.

Anda perlu tahu, bakal majikan anda akan melihat juga bagaimana anda akan membawa nama organisasi kepada orang luar apabila anda mula bekerja dengan mereka.

Jika anda tonjolkan sikap suka memburukkan orang lain, terutamanya majikan lama anda, itu adalah kesilapan yang akan membuatkan anda ditolak untuk diterima bekerja.

9. Hantar nota terima kasih selepas sesi temu duga

Ia sangat penting untuk anda follow up (membuat langkah susulan) selepas sesi temu duga. Itu adalah salah satu cara yang menyuarakan penghargaan kepada mereka kerana memilih anda menghadiri sesi temu duga itu.

Jika anda mempunyai sesuatu yang ingin dikongsikan yang anda tidak sempat maklumkan semasa sesi temu duga, anda boleh selitkan butiran berkenaan dalam nota terima kasih itu. Tetapi jangan sampai berjela-jela panjang.

Pastikan ia surat yang ringkas dan jelas dengan tujuan asal iaitu mennyatakan penghargaan kepada mereka kerana memanggil anda untuk menghadiri ke sesi temu duga.

10. Bina networking dalam industri anda

Sekarang ini, ada banyak cara anda boleh membina networking (perangkaian), terutamanya apabila media sosial merupakan medium yang mudah untuk menghubungkan komunikasi antara manusia.

Selalunya apabila pencari kerja semakin bijak membuat perangkaian, akan menjadi lebih mudah baginya untuk mendapat kerja.

Berkaitan: 5 Petua Membina Rangkaian Sosial
Cubalah! Selamat berjaya mendapat pekerjaan yang dipohon.

 

Dipetik daripada JobKartel dengan kebenaran. 

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Please enter your name here