Tip Kepimpinan: Semuanya Terpulang Kepada Anda

Oct 19, 2018 2 Minit
kehidupan, hala tuju, berfikir

Setiap sesuatu adalah mengenai anda. Dari saat anda bangun pagi hingga saat anda masuk tidur pada malam hari, anda adalah nakhoda hidup anda — membuat pilihan bagaimana anda mahu berinteraksi dengan saat-saat dalam hidup.

Sepanjang pengalaman saya memerhati ribuan pemimpin, saya mengenali kalangan yang menikmati hidup yang lebih senang pada masa dahulu berbanding sekarang. Kalangan yang lain pula pernah terpaksa mengharungi cabaran demi cabaran tetapi kini menikmati hidup yang begitu senang, hinggakan orang ramai kurang percaya hidup mereka pada suatu ketika dahulu begitu penuh dengan onak dan duri.

Dua persoalan penting muncul di sini: apakah fokus mereka, dan bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain.

Mereka yang mempunyai kisah hidup silam yang perit amat sedar akan kepentingan membina perangkaian yang tulen. Mereka sedar mereka perlu menabur lebih banyak nilai daripada mengambil, dan mereka amat konsisten dengan hidup yang berorientasikan matlamat, dan sentiasa memaksimumkan setiap kesempatan.

Mereka yang berjaya tidak semestinya bekerja 24/7 tetapi mereka sentiasa bijak menggunakan masa dan sumber yang ada. Mereka sedar bahawa sementara mereka boleh mendapat bantuan daripada orang lain, akhirnya mereka sendirilah yang bertanggungjawab membentuk hidup sendiri dalam cara yang akan mengukir masa hadapan yang diidamkan mereka.

Jadi, INGAT:

Setiap sesuatu adalah mengenai diri anda. Ia adalah realiti anda, momen anda, masa hadapan anda. Apakah yang anda buat hari ini yang akan menambah nilai kepada hari esok anda?

Berkaitan: Mula Dengan Insan Cerminan Diri

 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

legasi

Gunakan Kerjaya Anda untuk Mencipta Legasi yang Hidup

Oleh William Arruda. Legasi anda sedang dibina sekarang melalui cara anda membawa diri dalam mesyuarat, bagaimana anda menghadapi cabaran, dan bagaimana anda melabur dalam orang di sekeliling anda.

Oct 15, 2025 5 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Jangan Takut untuk Gagal

Program Tip Kepimpinan adalah satu rancangan oleh Leaderonomics di mana tip-tip mengenai hal-hal kepimpinan disediakan untuk tontonan ramai.

Jan 01, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest