5 Cara untuk Meningkatkan Produktiviti Di Rumah dan Di Tempat Kerja

Apr 28, 2020 3 Minit
produktiviti di rumah

Adakah anda sentiasa tidak mempunyai masa? Merasa kekecewaan, bersalah, tertekan, dan keletihan kerana mencuba untuk mengimbangkan tugasan, kehidupan, keluarga dan komitmen yang lain?

Saya rasa sekarang masanya untuk anda berfikir tentang masa anda sama seperti bagaimana anda menguruskan kewangan anda: sebagai sesuatu yang sangat berharga. Ada pelbagai cara anda boleh lakukan menggunakan masa dengan produktif di rumah dan kerja. Mari saya kongsi kegemaran saya.

5 Cara tingkatkan produktiviti anda:

Berhenti memberikan alasan “Saya sibuk!”

Saya sangat sibuk. Saya macam busy. Saya buat-buat sibuk. Ketika anda terserempak dengan rakan atau kawan kerja anda dan mereka menanyakan khabar anda, dan anda menjawab – “Saya sangat sibuk!” dan mereka mereka menjawab ”Oh! Saya sibuk juga!”

Pernahkah anda terfikir tentang kesan jawapan yang sangat ringkas ini? Ia sama seperti anda menjawab “Saya sangat tidak produktif”. Dan itu bukanlah tanggapan yang baik untuk ditinggalkan. Sekaranglah masa untuk kurangkan kesibukan. Sekaranglah masa untuk memberi jawapan yang baru, “Saya hebat”, atau “Saya sangat gembira”, atau “Saya bergerak dengan cepat”.

“Balasan yang positif jauh lebih baik daripada yang negatif, ia menaikkan semangat, ia akan meninggalkan imej yang baik.”

Berapakah nilai satu jam kepada anda? 

Masa anda umpama wang. Tentukan nilai setiap jam anda. Jika anda bekerja atau menjalankan perniagaan dan mengenakan bayaran pada pelanggan mengikut jam, maka anda harus mengenakannya pada masa peribadi anda juga, pada setiap masa.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai pendapatan sebanyak $50 setiap jam dan anda meluangkan masa satu jam setiap hari di media sosial, jumlah tahunannya $18250. Masa yang terbaik pernah anda gunakan?

Sumber luar dan dalam

Untuk menyalur tugasan kepada sumber luar, kenal pasti tugas-tugas yang anda sediakan untuk membayar pakar yang boleh melakukannya. Fikirkan perkara yang anda tidak suka dan mahir – tugasan boleh disiapkan dengan cepat oleh pakar, lebih bagus dan murah daripada anda (sekarang anda tahu berapakah nilai satu jam kepada anda).

Sumber luar memberi kebebasan kepada anda untuk lebih banyak menghabiskan masa dengan perkara yang anda suka. Pengambilan sumber adalah arah yang bertentangan dari sumber luar. Kenal pasti perkara yang anda boleh lakukan di rumah supaya anda tidak melakukannya untuk orang lain.

Cuba fikirkan perkara yang boleh anda lakukan, seperti mengemas rumah, mencuci pinggan, memberi kucing atau anjing (haiwan peliharaan) anda makan. Mungkin anak-anak anda, jika mereka sudah boleh berjalan, banyak perkara yang mereka boleh lakukan. Jika anak anda pada umur 2 tahun sudah boleh menyimpan permainan mereka, jadi saya yakin dan pasti pasangan anda yang berumur 40 tahun juga mampu melakukannya. 

Senarai yang tidak perlu

“Kita semua tahu akan Senarai ‘Perkara yang Hendak Dibuat’. Satu cara untuk menjadi lebih produktif ialah menyimpan senarai tabiat lama dan sikap yang anda tidak mahu teruskan.”

Kumpulan

Pengumpulan ialah satu proses untuk mengelompokkan beberapa tugasan yang sama dan kemudian mengehadkan masa di kalendar untuk menyelesaikan tugasan pengumpulan tersebut. Ini dapat membantu anda untuk lebih fokus terhadap satu kerja daripada membuat kerja separuh jalan dan melakukan kerja yang lain sepanjang hari.

Ia juga membantu untuk tugasan yang anda perlu lakukan pada hari tersebut lebih  tersusun dan teratur. 

Membawa semuanya bersama

Cara anda menguruskan hari ini adalah sama dengan cara bagaimana anda menguruskan hari semalam, minggu lepas, dan bulan lepas. 

Bermula pada hari esok anda harus ada mindset yang baru –  melabur masa secara bijak. Pada hari esok anda harus mula maksimumkan produktiviti anda. Ia hanya memerlukan mindset yang betul – dan semuanya bergantung kepada seberapa serius anda mahu lakukannya?

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

passion dalam pekerjaan

Temui Minat yang Mendalam dalam Pekerjaan

Oleh Christien Suharyanto. Apakah setiap orang dapat menemukan passion dalam pekerjaannya?

Dec 15, 2024 3 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pembelajaran Efektif

Cuma 10% daripada pembelajaran efektif diperolehi daripada latihan dalam kelas, 70% adalah berasaskan pengalaman, dan 20% adalah melalui pemerhatian.

Jan 04, 2024 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest