Berjaya Menjadi Pemain Bola Sepak Yang Profesional Dan Cemerlang Dalam Pendidikan

Apr 21, 2020 6 Minit
bola sepak, sukan

Latar Belakang

Sukan bola sepak sentiasa menjadi minat saya dan ia telah memainkan peranan penting di dalam kehidupan saya. Perjalanan saya bermula di Seoul, Korea kerana bapa saya ditempatkan di sana dan di situlah saya mengenali bola sepak buat pertama kalinya.

Sejak umur 4 tahun, saya sentiasa fikirkan tentang bola dan saya sentiasa ingin bermain dengan orang lain. Pada 2005, ketika keluarga saya ditempatkan di Melbourne, Australia, itulah peluang pertama yang saya dapat untuk bermain bola.

Australia ialah tempat dimana saya mengasah bakat saya dan berusaha lebih keras. Tidak kira sama ada hujan atau panas, setiap hujung minggu pasti ada sesi latihan bersama ayah saya di taman. Pada suatu hari, saya berfikir saya mahu menjadi seseorang pemain yang profesional di dalam pasukan saya.

Australia adalah satu tempat yang sangat menarik untuk berlatih kerana persekitaran sekeliling. Saya memenangi banyak perlawanan dan trofi di kelab pertama, iaitu Beaumaris Penguins.

Selepas itu, saya dan keluarga diberi peluang yang baru iaitu berpindah ke Shanghai. Sekarang sudah sepuluh tahun, saya sudah menyertai banyak pertandingan di sekolah, dengan besar hati menjadi ketua pasukan dan memenangi banyak piala.

Kemenangan terbesar saya ialah memenangi Fobisia games di mana kami dan pasukan yang terkuat di seluruh sekolah antarabangsa di Asia. Walau bagimanapun, di dalam hati saya, saya mengetahui bahawa saya perlu berusaha lebih lagi jika saya ingin bermain di kelab yang lebih professional.

“Saya tahu di mana saya ingin berada. saya tahu ini adalah perkara yang saya mahu lakukan.”

Ketika saya berumur 14 tahun, saya dan rakan mendapat berita bahawa kelab bola sepak Brazillian (Cruzeiro) sedang memulakan akademi kelas atasan bersempena dengan British International School Phuket (BISP). Mereka menawarkan saya biasiswa untuk menjadi ahli pasukan mereka sehingga saya tamat pengajian. Itu bermakna perubahan besar berlaku di hidup saya iaitu saya akan berjauhan dari keluarga dan buat pertama kali saya akan duduk di asrama.

Saya tahu di mana saya ingin berada. Saya tahu ini adalah perkara yang saya mahu lakukan. Di sekeliling saya banyak perkara yang melibatkan tentang bola dan paling seronok ialah rakan karib saya mempunyai minat yang sama. Selama empat tahun saya belajar tentang bola dan cuba memahami setiap perkara tentangnya adalah dimensi baru.

Saya tidak akan pernah lupakan jurulatih saya, Jonathas Candido bukan sahaja membantu mengasah bakat saya tetapi juga beliau percaya bahawa saya layak ke tahap yang lebih professional. Saya telah terpilih untuk menyertai Cruzeiro akademi belia di Belo Horizonte, Brazil pada tahun 2015 selama satu bulan.

Ketika saya berumur 17 tahun, saya tahu bahawa saya ingin berjaya pada masa ini. Dan peluang terbuka ketika pasukan bola sepak tempatan Johor Darul Takzim (JDT) ada tempat kosong di pasukan mereka dan posisi tersebut ialah right-winger, ini adalah posisi yang saya mahukan. Saya menguji nasib dan teruja dengan pengalaman yang diberikan dan saya akhirnya dapat rasakan seperti apa bermain di pasukan yang professional.

Dan jurulatih tersebut berminat dengan cara saya bermain dan menawarkan tempat kosong tersebut pada saya selepas saya tamat sekolah. Saya sangat gembira. Saya menerima bayaran kontrak ketika saya berumur 17 tahun dan bermain di kelab yang professional. Ini adalah segala-galanya yang saya mahukan. Hampir semuanya.

Saya juga mengambil keputusan untuk meneruskan pembelajaran saya di University of Reading Malaysia, mengambil Business and Management Degree. Ada yang berkata-kata kepada saya bahawa saya tidak perlu melanjutkan pembelajaran. Walau bagaimanapun, bagi saya, mempunyai asas pendidikan adalah jaring keselamatan dan ia juga memberi semangat kepada saya. Saya berterima kasih bahawa STAR menulis cerita tentang saya sepanjang perjalanan saya.

Cabaran

Dari saya 17 tahun, saya mempunyai kesusahan untuk mengimbang masa belajar, dan latihan bola sepak. Kedua-duanya memerlukan aspek 100% fokus dan juga intensiti. The International Baccalaureate (IB) ialah dua tahun program di mana pelajar harus mengambil 6 subjek dan 4000-patah perkataan karangan dan juga pelbagai aktiviti kokurikulum yang lain.

Menguruskan pengajian dan bola sepak pada masa yang sama adalah perkara yang agak mustahil dilakukan seperti yang diberitahu oleh beberapa pensyarah. Namun demikian, ini bukanlah pilihan buat saya dan saya harus menyelesaikannya sebagai seorang pemain bola dan juga pelajar IB.

Ini adalah jadual mingguan saya:

Universiti dari hari Isnin – Jumaat dari pukul 8 pagi – 3 pagi

Latihan bola sepak pada hari Isnin – Sabtu dari pukul 4:30 – 6:30 petang

Latihan kecergasan bermula dari 6 pagi – 7 pagi

Saya mempunyai waktu yang singkat untuk menyiapkan tugasan sekolah dan mempersiakan diri untuk peperiksaan. Latihan bola sepak professional tidak akan dikurangkan walaupun minggu peperiksaan. Dan saya masih menghadapi cabaran ini dan juga harus menguruskan bagaimana untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh pensyarah dan juga mengikuti latihan bola sepak selama enam hari seminggu. Mempunyai banyak komitmen dan permintaan yang tinggi tidak bermaksud saya harus mengorbankan antara satu.

Untuk melakukan ini, saya harus memikirkan strategi dan juga cara penyelesaiannya bagaimana saya boleh mempunyai kek dan memakannya.

Penetapan Matlamat

“Saya harus pastikan bahawa saya harus memberi masa buat diri sendiri dan berehat untuk mengekalkan kesihatan mental”

Asas kejayaan adalah mempunyai penetapan matlamat. Ia membantu anda untuk mempunyai cita-cita dan memberikan kepuasan kepada anda jika berjaya mencapainya. Namun demikian, ia adalah penting bagaimana anda perlu mengetahuinya dengan jelas bagaimana ingin mencapai matlamat anda dengan tujuan yang betul.

Secara peribadi, saya ada dua matlamat utama. Yang pertama ialah untuk menyertai pasukan bola sepak professional dan yang kedua ialah mencapai skor 36 mata di IB.

Untuk yang pertama, saya senaraikan beberapa perkara yang harus saya lakukan untuk mencapainya, dimana saya harus berlatih lebih keras pada bahagian kaki saya yang lemah dan mengasah lebih teknik bermain. Saya bekerja keras bersama dengan jurulatih saya dan juga melakukan latihan lebih luar pada waktu latihan yang sepatutnya.

Matlamat saya yang kedua, saya membahagikan masa untuk setiap subjek pada hari yang berlainan, usaha lebih pada subjek yang sukar. Dan yang terakhir, saya memberi masa pada diri sendiri waktu untuk berehat dan juga untuk menikmati masa lapang untuk mengimbangkan kesihatan mental.

Pengurusan Masa

Pengurusan masa adalah salah satu strategi yang paling kritikal perlu dikerjakan. Saya merancang semua aktiviti yang perlu dilakukan setiap minggu. Selain itu, saya juga perlu berdisiplin supaya saya dapat menyiapkan tugasan pada tarikh akhir penghantaran.

Pentingnya memulakan setiap tugasan yang diberikan dari awal dan menyelesaikannya sebelum tarikh yang ditetapkan supaya saya tidak melakukan kerja last minute dan tergesa-gesa. Dan ini juga perlu diterapkan pada rakan sekumpulan yang bekerjasama dengan saya supaya saya dapat menguruskan masa untuk menyiapkan tugasan.

Di samping itu, mewujudkan persekitaran tanpa gangguan sangat penting bagi saya. Saya dapat memberi sepenuhnya fokus terhadap kerja yang perlu dilakukan dan dapat menyelesaikan dengan efisien. Bagi saya, ruangan bilik di bawah adalah tempat yang paling bagus buat saya mengulang kaji dan melakukan tugasan yang diberi kerana saya dapat memberi sepenuhnya fokus ketika melakukan kerja.

 

Disipilin

Akhir sekali, untuk dapat melakukan strategi di atas dengan jayanya anda harus mempunyai disiplin yang tinggi.

Kunci untuk mencapai matlamat anda ialah konsisten dan harus perlu berlatih untuk mencapai kejayaan; ia tidak berjaya jika hanya sekali.

Sejujurnya, saya seorang yang sangat mudah diganggu tetapi saya mendapati sekeliling saya ditemani oleh orang-orang yang berkongsi pandangan yang sama dan terus membantu, memberi semangat kepada saya. Ia juga membantu saya untuk melihat semula pada fokus tujuan kehidupan saya. Tidak perlu terus bersama orang yang ingin menjatuhkan anda dan tidak mahu melihat anda berjaya.

Setiap individu dapat mencapai matlamat mereka jika mereka terus konsisten dan berusaha untuk mencapainya dan terus fokus pada matlamat mereka. Inilah yang terus mendorong dan membantu saya untuk terus berusaha dan cemerlang dalam sukan bola sepak profesional dan dalam pendidikan yang tinggi. Jangan pernah ragu akan sejauh mana anda mampu pergi.

Kunci startegi yang dapat kita pelajari di atas ialah, tidak ada yang dapat dipisahkan. Untuk mendapatkan hasil yang efektif, ketiga-tiganya harus dilakukan secara serentak. Kesimpulannya, anda harus terus fokus dan mempratikkkan strategi ini supaya menjadi kebiasaan, atau sebahagian dari ingatan otat anda. Terus dahagakan peningkatan untuk maju dan cari masa anda secara produktif adalah kunci untuk melaksanakan tugas dengan berjaya.

Baca: Adakah Anda Berlatih Cukup 10,000 Jam? 

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Penangguhan

Petua Mengatasi Berlengah-lengah Mengikut Puncanya

Oleh Marulam Sitohang. Lebih banyak anda tahu tentang sebab anda berlengah-lengah, lebih bersedia anda untuk mengubah pemikiran anda mengenai tingkah laku itu.

Dec 18, 2023 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest