Tips Belajar Online Secara Cemerlang

Apr 16, 2020 3 Minit
belajar online

Semester terakhir saya di universiti sudah pun bermula tetapi disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, semester ini akan dikendalikan secara online sepenuhnya. Ini merupakan situasi yang sama bagi kebanyakan pelajar pada masa ini jadi jika anda rasa risau, anda tidak berseorangan. 

Mula-mula, online learning seperti menarik, namun setelah selesai minggu pertama semester ini, cabaran belajar secara online memang ternyata ada. Jadi, di sini ada 5 tip yang saya perolehi daripada pengalaman belajar secara online sepanjang minggu ini.

Ambil Perhatian Pengumuman Sekolah/Guru

Ketiadaan interaksi bersemuka bermaksud cara berkomunikasi yang utama adalah melalui e-mel, laman web sekolah, dan cara yang lain. Adalah penting sekali pada masa ini bagi pelajar untuk sentiasa mengemaskini diri dengan pengumuman dan maklumat terbaharu yang disampaikan oleh guru dan sekolah dengan membaca e-mel serta laman web sekolah secara kerap agar tidak ketinggalan.

Pengekalan Interaksi Rakan Sekelas

Walaupun tidak dapat lepak dan menyiapkan kerja sekolah bersama-sama seperti dahulu, kita seharusnya cuba untuk mengekalkan interaksi antara rakan sekelas kita. Biarpun melalui whatsapp group ataupun video call, pengekalan hubungan ini adalah penting untuk kesihatan mental masing-masing. Kita perlu saling menyokong antara satu sama lain pada masa ini.

Elakkan Penangguhan Kerja Sekolah

Belajar di rumah memang selesa tetapi di rumah juga terdapat berbagai-bagai gangguan seperti televisyen, ahli keluarga yang lain, dan sebagainya. Dilema yang lazim dikesan adalah kita menunda kerja sekolah ke hari esok dan bila tiba tarikh yang sepatutnya, alasan lain pula yang dikeluarkan dan kerja sekolah tersebut ditunda ke hari yang kemudian dan selanjutnya. Tabiat ini akan menyusahkan kita pada akhir hari nanti kerana beban kerja pada masa itu akan menjadi terlalu banyak untuk dipikul. Jadi, adalah sangat penting untuk kita menyiapkan kerja sekolah setiap hari untuk mengelakkan stres terlampau.

Tempat Kerja Konsisten

Salah satu cara untuk memastikan perhatian kita tidak terganggu oleh apa-apa gangguan yang terdapat di rumah kita adalah untuk menetapkan tempat yang khususnya untuk membuat kerja. Apabila kita membuat kerja di tempat tersebut secara konsisten, sebuah tabiat akan dibentuk dan tempat tersebut akan dikaitkan dengan kerja oleh minda kita. Ini kemudian akan mengurangkan kemungkinan kita hilang fokus.

Peruntukkan Masa Rehat Mencukupi

Dilema yang seterusnya merupakan kehilangan struktur pergi balik dari sekolah yang menentukan masa membuat kerja serta masa untuk berehat. Kehilangan struktur ini mungkin akan menyebabkan perbezaan kedua-duanya tidak jelas dan ini akan mengakibatkan kita mengabaikan masa rehat. Kita seharusnya memperuntukkan masa rehat yang cukup setiap hari kerana ini merupakan sangat penting untuk kesihatan fizikal mahupun mental.

Akhirnya, tip yang paling penting sekali adalah bersabarlah. Bersabarlah dengan cikgu-cikgu kita yang mengendalikan kelas secara online, mereka juga dalam proses menyesuaikan diri seperti kita. Bersabarlah dengan rakan-rakan sekelas kita yang mungkin tidak berkemahiran tinggi dalam teknologi, saling membantu supaya kita akan berjaya bersama-sama. Kemudian, yang paling signifikan sekali adalah bersabarlah dengan diri kita sendiri. Kualiti kerja kita mungkin lebih rendah daripada biasa tetapi ingatkanlah bahawa masa ini betul-betul mencabar dan asalkan kita mencuba sedaya upaya, kita usah rasa seperti tidak efisien.

Jaga diri saudara-saudariku #KitaJagaKita

 

 

Anda juga boleh membaca artikel lain disini.

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pemimpin

Bagaimana Pemikiran Utopia Boleh Menginspirasikan Pemimpin Perniagaan

Oleh Marc Le Menestrel. Eksekutif dihantui oleh kesan alam sekitar industri mereka. Bolehkah pemikiran utopia, menumpukan pada pemenuhan nilai teras manusia, menawarkan penyelesaian?

May 20, 2024 4 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Manfaatkan Bakat Anda

Setiap orang mempunyai bakat istimewa yang tersendiri. Baik kita pandang ke dalam, cungkilkan dan manfaatkan bakat kita itu.

Aug 16, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest