Jadi Pengikut Yang Baik, Lepas Itu Pemimpin Yang Hebat

May 24, 2019 1 Minit
berenang

‘Jika hendak menjadi pemimpin yang berjaya, pastikan anda memaparkan perwatakan seorang pemimpin, bukan pengikut. Rajin cari peluang untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin, supaya dapat membezakan diri daripada pengikut.’ 

Bukankah ini nasihat yang biasa kedengaran apabila kita berbicara tentang sikap yang perlu ada pada seseorang pemimpin?

Ternyata, tanggapan ini tidak sepenuhnya tepat.

Dalam usaha mencari peluang untuk memaparkan keistimewaan diri, mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin mungkin menjejaskan keupayaan diri untuk memimpin, menurut laporan Harvard Business Review.

Laporan ini ditulis bersama oleh Kim Peters, pensyarah kanan dalam bidang psikologi organisasi di Universiti Queensland, dan  Alex Haslam, profesor psikologi di universiti yang sama.

Menjadi ‘salah seorang daripada kami’

Sebabnya mudah sekali — keberkesanan kepimpinan adalah setimbang dengan keupayaan melibatkan pengikut. Tanpa pengikut, kepimpinan tidak wujud.

Ini bermakna kepimpinan adalah proses yang terhasil daripada hubungan antara pemimpin dan pengikut yang terjalin atas pemahaman bahawa mereka semua adalah anggota kumpulan sosial yang sama.

Seseorang akan menjadi pemimpin yang lebih berkesan apabila pembawaannya menunjukkan bahawa dia adalah salah seorang daripada kami iaitu memiliki nilai, kepedulian dan pengalaman yang sama, serta bekerja untuk kita, dengan cara memajukan kepentingan kumpulan dan bukan kepentingan peribadi.

Jadi, mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin perlu memperlihatkan diri sebagai pengikut yang bagus — seseorang yang sedia bekerja dalam kumpulan dan bagi pihak kumpulan berkenaan.

Ringkasnya, pemimpin perlu kelihatan sebagai ‘salah seorang daripada kami’ dan melakukan sesuatu ‘bagi pihak kami’.

Jadi pengikut terlebih dahulu

Peters dan Haslam menguji premis ini dalam analisi kepimpinan yang baru muncul dalam kalangan 218 rekrut lelaki Marin Diraja yang sedang menjalani latihan elit sejurus selepas lulus siri ujian kebolehan psikologi dan kecergasan fizikal.

Secara spesifik, mereka mengkaji sama ada terdapat kaitan antara kapasiti rekrut menonjolkan kepimpinan seperti yang terlihat oleh rakan sekelompok dengan  kecenderungan mereka melihat diri sebagai pemimpin sejati (dengan kemahiran dan keupayaan untuk memimpin) atau sebagai pengikut (yang lebih berminat untuk menyiapkan kerja daripada mengutamakan cara diri).

Hasil yang ditemui menunjukkan bahawa rekrut yang menganggap diri sebagai pemimpin sejati gagal meyakinkan rakan sekelompok tentang kepimpinan mereka. Manakala rekrut-rekrut yang melihat diri (dan yang dilihat oleh komander) sebagai pengikut, mereka inilah yang akhirnya muncul sebagai pemimpin.

Dalam kata lain, mereka yang ingin memimpin patutlah berusaha untuk menjadi pengikut terlebih dahulu.

Berkaitan: 10 Cara Terbaik Menyerlah Diri Di Tempat Kerja

Penilaian kepimpinan 

Yang menarik juga, Peters dan Haslam mendapati bahawa rekrut-rekrut yang menganggap diri sebagai pemimpin sejati dianggap oleh komander-komander mereka sebagai mempunyai potensi kepimpinan yang lebih daripada rekrut-rekrut yang menganggap diri sebagai pengikut.

Ini mencadangkan bahawa penilaian kepimpinan yang baik besar bergantung pada kedudukan penilai-penilai. Mereka yang berada di dalam kumpulan dan berpeluang mengalami sendiri kapasiti anggota kumpulan untuk mempengaruhi satu sama lain, nampaknya berupaya mengenal pasti kepimpinan mereka yang menganggap diri sebagai pengikut.

Manakala mereka yang berada di luar kumpulan nampak lebih sedar akan idea umum mengenai sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang pemimpin.

Penemuan ini mendedahkan dinamik pemilihan kepimpinan dan membantu menerangkan kenapa individu-individu yang terpilih sebagai pemimpin oleh panel pemilihan bebas kerap kali gagal menyampaikan hasil kerja dengan baik apabila mereka berada dalam kumpulan yang patut dipimpin mereka.

Sebabnya ialah dalam organisasi yang menghalang proses demokrasi dalam pemilihan pemimpin, pekerja yang dilihat sebagai pemimpin (sendiri dan oleh mereka yang mempunyai kuasa untuk memajukan mereka) lebih mungkin dilantik ke jawatan kepimpinan berbanding mereka yang menganggap diri sebagai pengikut.

Bagaimanapun, berdasarkan hasil kajian yang dijalankan dalam kalangan rekrut Marin, sekiranya mereka yang dinaikkan pangkat menjadi pemimpin mengasingkan diri daripada kumpulan, mereka akan menemui kegagalan.

Ini kerana mereka ini akan mula menitikberatkan imej sendiri dan lebih mementingkan diri daripada pengikut mereka.

Situasi sedemikian seterusnya akan membuat pengikut mereka mengetepikan pemimpin berkenaan. Ini bukan sahaja akan menjejaskan keupayaan pemimpin untuk memimpin, tetapi yang lebih penting, ia akan juga menyekat kesanggupan pengikut untuk mengikut. Dan ini akan melemaskan pertumbuhan organisasi berkenaan.

Sumber: Research: To Be a Good Leader, Start By Being a Good Follower

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Memimpin

Memimpin dalam Dunia yang Mengganggu

Oleh Kiran Tuljaram. Membongkar rahsia kepimpinan dan gerakan strategik yang mendorong organisasi mencapai kejayaan dalam segala rintangan. Temui cara untuk memupuk budaya inovasi, ketangkasan dan daya tahan untuk menjadikan organisasi anda berkembang maju dalam menghadapi sebarang gangguan.

Nov 23, 2023 5 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Tingkap yang Pecah

Dalam episod ini, Roshan Thiran, Ketua Pegawa Eksekutif Leaderonomics cuba memberi tipnya mengenai kuasa seseorang untuk mengendalikan benda-benda yang kecil. Jika kami dapat menjayakan benda-benda yang kecil, lama-lama ia akan membawa kejayaan yang besar

Jan 04, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest