5 Prinsip Yang Mendorong Orang Yang Berjaya

May 30, 2019 1 Minit
Alt

Apakah yang membezakan orang yang benar-benar berjaya daripada mereka yang merasa keadaan sebenar mereka tidak menyebelahi cita-cita mereka?

Inilah soalan yang kerap saya fikirkan ekoran terdengar keluhan ramai tentang ketaksaksamaan hidup dan peluang-peluang yang terlepas apabila mereka menceritakan tentang fantasi pekerjaan impian dan legasi yang akan tertinggal.

Khususnya kalangan anak muda hari ini. Ramai yang pernah diberitahu mereka boleh ‘menjadi sebarang apa yang anda ingini’ dan ‘mencapai sebarang apa jua selagi anda menumpukan minda anda pada perkara tersebut.’

Akibatnya, kalangan anak muda berpendapat masa hadapan yang baik adalah hak mereka, dan yang perlu mereka lakukan adalah menyempurnakan pendidikan mereka dan peluang-peluang dalam dunia akan terbuka untuk mereka.

Sudah tentu, apabila yang diharapkan tidak terjadi, sukar bagi mereka ini untuk menghadapi realiti kehidupan yang kasar di luar alam persekolahan.

Set minda yang realistik dan sedar diri

Di Malaysia, kita semakin sedar bahawa prestasi akademik, walaupun penting, bukan segala-galanya. Apabila graduan-graduan beroleh keputusan pendidikan terbaik yang sama, apakah yang akan membezakan mereka daripada yang lain? Bagaimanakah mereka  boleh menonjolkan diri dan membina kehidupan yang berjaya yang bermakna dan bertujuan?

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang masa ini, ia bergantung besar pada dua faktor: set minda yang realistik dan sedar diri.

Mereka yang berjaya sedar akan batas keupayaan mereka dan mereka mengambil salah salah satu daripada kedudukan berikut:

Menerima batas keupayaan apabila ia munasabah untuk berbuat sedemikian.
Berusaha mengatasi batas keupayaan tersebut, jika mungkin, dan sekiranya dengan berbuat demikian ia akan membantu anda mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan.

Apabila kita berkata kepada anak-anak muda, ‘Anda boleh melakukan dan menjadi sebarang apa yang anda inginkan, kita sebenarnya merugikan mereka.’

Pertama, kita tidak mungkin melakukan dan menjadi sebarang apa yang kita inginkan.

Kedua, apabila kita menyemai sikap bahawa kita boleh mencapai kejayaan cuma dengan menginginkannya atau melalui keunikan diri, kita sebenarnya menyeleweng daripada kebenaran:

Untuk mencapai kejayaan, kita perlu berusaha, tabah hati dan berdaya tahan.

Secara peribadi, saya percaya kita akan memanfaatkan anak-anak muda kita jika kita bertanyakan mereka, ‘Apa yang bermakna bagi anda? Siapakah yang anda ingin menjadi? dan Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu diri menjadi orang berkenaan?’

Dengan merangkakan potensi sebegini, kita beralih daripada set minda pasif ‘anda boleh melakukan sebarang apa’ kepada set minda proaktif yang mengaku keperluan untuk mengetahui perkara yang penting bagi kita dan mengambil tindakan terhadap nilai-nilai berkenaan untuk mewujudkan kehidupan yang ingin kita nikmati.

Ia juga mengalihkan fokus kepada diri individu tersebut dan menyampaikan mesej, ‘Kami gembira untuk memberi sokongan kepada anda sebaik mana yang kami boleh, tetapi anda adalah pemandunya – andalah yang membuat pilihan bagaimana anda ingin bergerak maju.’

Orang yang berjaya – misalnya Elon Musk, Oprah Winfrey, mendiang Steve Jobs, dan ramai lagi – mereka bermula dengan satu set nilai, sedar akan perkara yang penting bagi mereka, dan membina setiap sesuatu berkaitannya.

Dalam proses itu, mereka belajar menangani sebarang halangan dan sedar bahawa sekiranya badai-badai kehidupan melanda, mereka boleh memilih untuk kembali semula dan terus bergerak maju.

Presiden Amerika Ke-26, Theodore Roosevelt, pernah berkata,

“Sepanjang sejarah, tidak ada seseorang yang hidup senang-lenang yang meninggalkan nama yang patut diingat.”

Mereka yang berjaya bertubi-tubi mengalami rintangan dan susah payah kehidupan. Tetapi mereka tahu bahawa sementara mereka tidak selalunya dapat mengawal situasi dalam kehidupan, mereka boleh selalu mengawal respons mereka terhadap sesuatu yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.

Berdasarkan pemerhatian saya, orang yang berjaya yang pernah saya temui dan temu bual sepanjang lebih 20 tahun ini memeluk lima prinsip utama seperti berikut:

1. Mengakui bahawa anda adalah nakhoda hidup anda — 100%

Masalah dan rintangan pasti berlaku tetapi adalah terpulang kepada anda bagaimana anda menanganinya. Adakah ia berupa alasan untuk menyerah kalah, atau menggunakannya untuk menguatkan azam dan terus maju?

Aku adalah tuan bagi takdirku. Aku adalah nakhoda bagi jiwaku. — Nelson Mandela

Berkaitan: Tip Kepimpinan: Semuanya Terpulang Kepada Anda

2. Cintai proses lebih daripada visi

Memang hebat – dan perlu – untuk mengetahui hala tuju anda, tetapi jangan terjerat dalam mimpi itu. Mereka yang berjaya hidup dalam momen semasa, dan sedar jika mereka mencintai proses yang dilakukan pada saat ini, setiap sesuatu yang lain akan menjadi.

3. Sedari batas keupayaan anda

Ini adalah prinsip utama kerana ia mendesak anda untuk mengetahui batas keupayaan yang anda boleh usahakan dan tambah baik, dan yang boleh dibiarkan. Ia membantu anda untuk memberi fokus pada apa yang penting dan yang boleh dicapai, mengikat anda terhadap kemungkinan yang anda boleh capai, daripada membuang masa membuat sesuatu yang bukan untuk diri anda.

4. Kerjakannya

Jika anda kenal Elon Musk, anda akan tahu dia adalah ketua Tesla dan SpaceX. Kejayaan selalunya nampak begitu glamor di garis penamat. Tetapi jika anda lihat bagaimana dia bermula dan susah payah yang dihadapinya sepanjang perjalanan, anda akan sedar bahawa sebarang apa yang anda ingin capai memerlukan kerja keras, komitmen dan sikap jangan menyerah kalah.

5. Jangan berhenti belajar

Sifat ini membezakan dan mendefiniskan mereka yang berada di tangga kejayaan. Sama ada anda membaca lima buah buku setiap bulan, belajar bahasa baharu, mendengar podcast setiap hari, mengadakan perbincangan bermakna, mengikuti hal ehwal dunia, atau mengikuti trend budaya pop, pembelajaran berterusan amat perlu untuk membantu kita kekal tajam fikiran. Seseorang pemikir kritikal yang ada sifat ingin tahu akan berupaya menyelesaikan sesuatu masalah sebelum kebanyakan orang lain sedar masalah itu wujud.

Berkaitan: 4 Sebab Kenapa Kita Mesti Terus Belajar Sepanjang Hayat

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik 5 principles that drive successful people

Sila Kongsi

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

Penangguhan

Petua Mengatasi Berlengah-lengah Mengikut Puncanya

Oleh Marulam Sitohang. Lebih banyak anda tahu tentang sebab anda berlengah-lengah, lebih bersedia anda untuk mengubah pemikiran anda mengenai tingkah laku itu.

Dec 18, 2023 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest