Tabiat yang Mengubah Hidup

Sep 02, 2024 1 Minit
tabiat
Sumber:

Gambar daripada Storyset

 

1. Bersedia Lebih Awal
Setiap pagi, cuba untuk merancang hidup anda. Letakkan dan susun tugas anda ke dalam kalendar.

2. Lakukan “Deep Work”
Orang yang produktif sentiasa mempunyai masa untuk melakukan kerja mendalam. Blok sekurang-kurangnya 2 jam dalam kalendar untuk deep work. Deep work memerlukan tahap fokus yang tinggi, jadi elakkan menggunakan media sosial semasa deep work.

3. Baca. Baca dan Baca
Orang yang berjaya tidak pernah meninggalkan rutin membaca mereka. Pilih apa-apa buku dan tetapkan masa untuk rutin ini. Gariskan dan ambil nota tentang idea yang berhubung dengan diri anda.

4. Ambil Masa untuk Bersendiri
Setiap hari, kita perlu mencari masa untuk bersendirian. Putuskan hubungan dan cabut diri daripada semua perkara. Dunia yang kita hidup penuh dengan "bunyi bising," dan masa bersendirian akan membuat kita lebih tenang dalam menghadapi hari-hari kita.

5. Bersenam
Jogging atau berjalan perlahan sangat penting dalam hidup kita. Ia boleh menjadi masa untuk kita bermeditasi dan menikmati alam semula jadi.

6. Bersyukur
Sentiasa bersyukur atas semua nikmat yang diberikan, sama ada baik atau buruk. Bersyukur atas perkara yang sekecil-kecilnya akan menjadikan kita lebih tenang.

7. Tidur yang Cukup
Badan dan minda kita memerlukan rehat yang cukup. Tidur 7-8 jam sangat penting untuk memastikan kita kekal segar dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Diterjemah oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Alt

Cadangan Buat Kamu

Kerja

Adakah Anda Mengutip Sampah?

Oleh Michelle Gibbings. Pemimpin dicabar untuk membuka mata, menerima pelbagai perspektif, dan melakukan kerja keras untuk menangani isu yang kompleks. Temui kepentingan menggunakan piawaian yang konsisten dan memungut sampah untuk menetapkan standard yang adil dan terhormat di tempat kerja.

Feb 19, 2024 5 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest