Pengurusan Masa: Strategi Produktif untuk Kejayaan

imej dari freepik.com
Teknik Pengurusan Masa Berkesan untuk Hasil Maksimum
1. Gunakan Time Blocking
Time blocking ialah teknik di mana anda menetapkan blok masa khusus untuk tugasan tertentu. Contohnya, jika anda perlu menyiapkan laporan, jadualkan dua jam tanpa gangguan. Sama seperti mesyuarat, letakkan peringatan dalam kalendar untuk tugasan anda sendiri.
2. Rancang Jadual Mingguan
Luangkan masa setiap Jumaat selama 30 minit untuk menyemak jadual minggu hadapan. Kenal pasti mesyuarat yang penting dan tentukan mana yang tidak perlu anda hadiri. Dengan perancangan awal, anda dapat mengelakkan jadual yang terlalu padat dan memberi ruang untuk tugasan yang lebih kritikal.
3. Utamakan Tugasan Menggunakan Eisenhower Matrix
Teknik ini membahagikan tugasan kepada empat kategori:
- Penting dan Mendesak – Tugasan yang perlu diselesaikan segera.
- Penting tetapi Tidak Mendesak – Tugasan yang perlu dirancang lebih awal untuk mengelakkan kecemasan.
- Tidak Penting tetapi Mendesak – Tugasan yang boleh diwakilkan kepada orang lain.
- Tidak Penting dan Tidak Mendesak – Tugasan yang boleh dielakkan atau dikurangkan.
4. Susun Fail dan Dokumen dengan Sistematik
Kerja menjadi lebih lancar apabila semua dokumen dan maklumat penting mudah dicari. Simpan fail dalam folder yang teratur, gunakan penanda (tags), dan manfaatkan alat seperti Google Drive atau OneDrive untuk akses cepat.
5. Tingkatkan Kemahiran untuk Kerja Lebih Pantas
Mahirkan diri dalam kemahiran teknikal seperti Microsoft Excel, Outlook, atau perisian pengurusan projek. Dengan kemahiran ini, anda dapat menyelesaikan tugas dengan lebih cepat tanpa bergantung kepada orang lain.
Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.
6. Manfaatkan Teknologi & AI
Gunakan alat seperti ChatGPT, Copilot, dan aplikasi pengurusan masa untuk membantu menyusun jadual, menyusun idea, atau menyelesaikan tugasan dengan lebih cekap.

7. Kawal Gangguan dan Kekalkan Fokus
Elakkan gangguan seperti media sosial, perbualan tidak produktif, atau pemberitahuan yang tidak perlu. Teknik Pomodoro boleh membantu – bekerja selama 25 minit tanpa gangguan, kemudian ambil rehat selama 5 minit sebelum menyambung semula.
Tiada Teknik Sempurna, tetapi Konsistensi adalah Kunci
Setiap individu mempunyai cara kerja yang berbeza, jadi cubalah pelbagai teknik untuk mencari yang paling sesuai. Yang penting, sentiasa menambah baik pengurusan masa dan berdisiplin dalam mengamalkannya.
“Gagal merancang bermakna merancang untuk gagal.” Jangan tunggu lagi, mulakan sekarang dan lihat perubahan dalam produktiviti anda.
Artikel ini disiarkan atas kebenaran penulis. Boleh lihat artikel asal di sini.
Kepimpinan
Tag: Kebolehan Diri, Hubungan
Mohammad Syukur Md Noh ialah Pengarah Operasi Pengeluaran di B. Braun Medical. Beliau aktif berkongsi kepakaran dan pandangan industri di LinkedIn.