Percaya Atau Ragu-ragu?

May 03, 2018 5 Minit
Alt
“Manusia harus diajar seolah-olah anda tidak mengajar mereka, dan hal-hal yang diketahui seperti yang terlupa.” — Benjamin Franklin, ‘The Autobiography of Benjamin Franklin"

Benjamin Franklin adalah salah seorang Bapa Pengasas Amerika Syarikat. Beliau juga diiktiraf secara meluas sebagai pakar dalam pelbagai subjek.

Beliau adalah hero saya, lebih-lebih lagi kerana baginya, perkara yang mustahil tidak lain tidak bukan kemungkinan yang telah dilupakan.

Dalam erti kata lain, tiada yang ‘mustahil’ – beliau percaya satu-satunya penghalang antara apa yang berlaku dan mungkin berlaku adalah fikiran kita yang terbatas.

Sebaik sahaja kita mula berfikir “Perkara ini tidak boleh dilakukan…”, 90 peratus daripada perjuangan kita sudah gagal. Kepercayaan adalah pencetus sifat ingin tahu, dan menggalakkan inovasi, yang membawa kepada penciptaan.

Percayalah

Tidak berapa lama dahulu, kami di Leaderonomics mengadakan sesi riadah bagi semua staf. Kami betul-betul menikmati masa riang ria bersama. Pada akhir sesi itu, saya diberi masa sejam untuk ‘bangkitkan inspirasi’ mereka yang hadir sebelum bertolak pulang ke dunia sebenar.

Dalam saya memikirkan tentang sebab kami berjaya dan gagal di Leaderonomics, jawapan yang jelas terpampang dalam minda saya ialah kepercayaan.

Jadi, saya pun menggunakan sejam itu mencabar pasukan kami untuk menerokai minda masing-masing. Apakah perkara yang dipercayai mereka? Adakah mereka percaya yang mereka boleh ‘merubah dunia’ dan ‘mentransformasi negara’? Adakah mereka ragu-ragu? 

Jika mereka tidak ada kepercayaan, maka kami tidak akan mencapai visi kami. Adakah mereka percayakan sains dalam membina pemimpin? Adakah mereka rasa kami terlampau kecil untuk membuat perubahan? Adakah mereka betul-betul percaya yang segala-gala yang mereka lakukan akan memberi kesan kepada dunia sejagat? Ketika setiap ahli pasukan menganalisis kepercayaan masing-masing, jelas sekali bahawa kami harus percaya sebelum kami boleh meneroka dunia.

Ramai yang mendekati cabaran-cabaran dengan set minda “Ini tidak boleh”. Jadi, mahu tidak mahu, perkara itu tidak boleh dilakukan. Ini memperkuatkan idea ‘mustahil’ dalam minda mereka yang tidak sanggup memikirkan kemungkinan.

Nasib baik adanya sang pemimpin seperti Benjamin Franklin yang mempunyai tabiat memulakan sesuatu dengan “Mengapa tidak?”

Berkaitan: Percayalah Kepada Keberanian Kata Hatimu!

Franklin ialah figura utama dalam zaman Kesedaran Amerika dan dipuji kerana teorinya yang berkaitan tenaga elektrik. Beliau juga pereka cipta yang berjaya, mencipta inovasi termasuk rod kilat dan kanta dwifokus. Beliau amat tekun dan mendedikasikan hidupnya memberi nilai kepada orang lain. Dalam autobiografinya, beliau berkata membaca adalah satu-satunya hiburan kegemarannya.  

Ketika berusia 20 tahun, Franklin memulakan projek yang dianggap paling hebat, iaitu berhubung dirinya sendiri. Beliau mencipta senarai masyhurnya, iaitu ’13 Nilai Kebaikan’  dan mendedikasi sisa-sisa hidupnya menambah baik beberapa aspek karakternya.

Saya sentiasa berminat dengan ketabahan yang ditunjukkan oleh figura-figura sejarah yang meletakkan pembentukan diri di tempat teratas. Saya pasti Franklin mengerti yang dirinya tidak mungkin menjadi sempurna; tetapi kita harus mengagumi mereka yang berusaha meletakkan asas yang sebaik mungkin untuk diri.

Bolehkah saya…?

Baru-baru ini, saya mengambil masa untuk memikirkan tentang keadaan di sekitar dunia, dan juga kehidupan saya sendiri: apa yang saya pelajari sepanjang tahun; bidang mana yang boleh diperbaiki; menilai semula perkara penting dalam hidup saya; dan cara untuk memberi nilai kepada orang lain – sebahagiannya sebagai penghormatan kepada figura sejarah yang terus memberi inspirasi kepada saya dengan komitmennya memperbaiki diri dan membantu orang lain.

Kadang-kadang, kita melihat diri sendiri dan mengeluh kerana terdapat banyak lagi perkara yang perlu dibuat.

Terutamanya apabila ia melibatkan perkara yang ‘tidak kena dengan dunia sekeliling’, ia terasa seperti cabaran yang sangat hebat untuk menunjukkan teladan yang baik dengan membuat apa pun perubahan yang boleh kepada dunia sekeliling.

Benjamin Franklin

Dalam contoh Franklin dan ramai lagi sepertinya, kita mendapati bahawa ‘mustahil’ hanyalah satu perkataan yang dimarakkan oleh kepercayaan membataskan yang bermain dalam minda kita dari masa ke semasa.

Mencipta perubahan bukanlah mudah, tetapi apa yang lebih memberi kepuasan adalah menjadi sebahagian daripada sesuatu yang mencipta perubahan berpanjangan dan mengetahui yang usaha kita akan terus memberi manfaat kepada orang ramai selama bertahun-tahun selepas itu.

Pada pandangan saya, terdapat dua cara untuk menjalani kehidupan: kita boleh melihat pada kemungkinan yang menghalang kita dan mengalah sebelum mencuba; atau, kita boleh mencuba tidak kira betapa sukar rintangan yang mendatang.

Sepanjang sejarah manusia, mereka yang mencipta perubahan dan inovasi yang kita fikirkan mustahil adalah mereka yang melihat kehidupan dari kaca mata yang berbeza.

Bagi saya, inilah sebabnya saya kembali kepada kisah Franklin. Beliau menunjukkan kepada kita kepentingan komitmen, dedikasi dan ketabahan.  Kisah beliau membuktikan bahawa tiada halangan yang tidak dapat diatasi: kita akan dapat mencapai apa sahaja yang kita inginkan jika kita betul-betul berusaha untuk mencapainya.

Saya sentiasa terinspirasi dengan kisah mereka yang berjaya mengatasi halangan dan cabaran yang datang bergolek dan mencapai matlamat serta cita-cita mereka.

Jamie Andrew

Beberapa tahun lepas, saya berkenalan dengan seorang pendaki gunung warga Scotland bernama Jamie Andrew.

Pada tahun 1999, kehidupan Jamie punah apabila rakannya meninggal dunia manakala kedua-dua belah tangan dan kaki Jamie terpaksa dipotong akibat kemalangan yang ditempugi semasa pendakian di Pergunungan Alps di Perancis.

Walaupun kudung, Jamie bersumpah yang dia akan mendaki semula. Padanya, tiada yang mustahil dan dia percaya. Dalam masa 10 tahun, Jamie bukan hanya berjaya berjalan (menggunakan kaki palsu), dia juga mendaki gunung semula, termasuk gunung berais yang meragut nyawa rakannya dan memusnahkan hidupnya.

Kepercayaan Jamie yang tidak berbelah bahagi membolehkannya mencapai perkara yang mustahil.

Berbalik kita kepada Franklin. Beliau adalah salah seorang pemimpin hebat yang memberi dorongan kepada saya untuk sentiasa buat yang terbaik,  setiap hari, dan jangan berputus asa tidak kira betapa sukarnya hidup.

Kita tidak akan tahu saat dan ketikanya impian kita bakal menjadi kenyataan, tetapi melalui dedikasi dan persediaan yang secukupnya, kita akan sentiasa bersedia dan menanti tibanya saat yang dinanti-nantikan.

13 nilai kebaikan Franklin 

  1. Kesederhanaan: Jauhkan dari makan dan minum dengan berlebihan.
  2. Senyap: Bercakap hanya apabila perlu dan jika memanfaatkan orang lain atau diri sendiri. Elakkan berbual kosong.
  3. Aturan: Pastikan segalanya dalam aturan. Berikan perhatian kepada setiap bahagian dalam bisnes anda.
  4. Keazaman: Berazam untuk melaksanakan apa yang dirancang. Berusaha gigih untuk melaksanakan resolusi anda. 
  5. Jimat-cermat: Jangan belanja berlebihan melainkan untuk berbuat baik kepada orang lain atau diri sendiri. Jangan membazir.
  6. Kerajinan: Jangan bazir masa. Sentiasa lakukan sesuatu yang bermanfaat. Singkirkan tindakan yang tidak penting.
  7. Keikhlasan: Jangan lakukan penipuan yang menyakitkan. Berfikirlah dengan ikhlas dan adil; dan jika bercakap, cakaplah sewajarnya.
  8. Keadilan: Jangan salahkan sesiapa dengan mencederakan atau menidakkan manfaat dalam lingkungan tugas anda. 
  9. Berpatutan: Jauhi perkara ekstrem. Jangan berlebih-lebihan dalam melepaskan geram pada kecederaan.
  10. Kebersihan: Jangan bertolak ansur terhadap sebarang kekotoran di badan, pakaian atau tempat tinggal.
  11. Kesucian: Jangan pergunakan hubungan intim, kecuali untuk tujuan kepentingan atau mendapatkan zuriat, dan bukan sesekali untuk melawan kebosanan, kelemahan atau kecederaan pada diri sendiri atau keamanan atau reputasi orang lain.
  12. Ketenangan:  Jangan jadi terganggu dengan perkara remeh-temeh, atau kemalangan biasa atau yang tidak dapat dielakkan.
  13. Rendah hati: Contohi tokoh-tokoh pemikir seperti Socrates and yang alim.

Akhir kata

Setiap pemimpin hebat yang saya kenali membaktikan hidup mereka kepada kemajuan diri dan pembelajaran. Walaupun menyakitkan, mereka tetap mendorong diri masing-masing. Dan yang lebih penting, setiap daripada mereka percaya, dalam lubuk hati, bahawa tiada yang mustahil. Dan segalanya dapat dicapai dengan kesabaran, pembelajaran, dan kerja keras. Dan itulah rahsia kejayaan mereka – kepercayaan!

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Are You A Believer Or A Skeptic?

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2023

Kejayaan ke Masa Depan: Wawasan daripada Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2023 (Bahagian 1)

Oleh Kiran Tuljaram dan Irfan Razali. Temui wawasan tentang kepimpinan, pengurusan perubahan dan banyak lagi daripada Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2023. Serlahkan potensi sebenar anda dalam dunia yang semakin berkembang hari ini.

Jul 04, 2023 12 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Tingkap yang Pecah

Dalam episod ini, Roshan Thiran, Ketua Pegawa Eksekutif Leaderonomics cuba memberi tipnya mengenai kuasa seseorang untuk mengendalikan benda-benda yang kecil. Jika kami dapat menjayakan benda-benda yang kecil, lama-lama ia akan membawa kejayaan yang besar

Jan 04, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest